Bekerja memang sumber pendapatan utama kita, jadi kenalah berikan komitmen yang terbaik. Namun, hak-hak kemanusiaan haruslah dijaga, tak bermakna pekerja harus ‘korbankan’ semua perkara dalam hidup kita di tempat kerja.
Ada sebuah stesen radio di Malaysia ini dikatakan mempunyai persekitaran bertoksik, ramai pekerja wanita menjadi mangsa gangguan seksual oleh beberapa staff di stesen tersebut. Malah, ada yang pernah dirogol lagi!
Ia terdedah apabila ada salah seorang staff di stesen radio berkenaan membuat surat terbuka dan menjadi viral di Twitter.
Pihak stesen radio sengaja rahsiakan, nak jaga nama baik dan orang berpengaruh
Identiti pengirim tak diketahui, namun ia dipercayai dia merupakan salah seorang pekerja wanita di stesen tersebut.
Menurutnya segala isu gangguan seksual ini di selindung oleh pihak stesen radio itu untuk menjaga reputasinya.
Turut menjadi mangsa gangguan tersebut, dia yang dah tak tahan dengan persekitaran kerja yang sebegitu rupa mendedahkan situasi yang terjadi di situ.
” Assalamualikum, saya pekerja (stesen radio), saya menulis email ini sebagai orang yang tak dikenali kerana saya takut reputasi, orang dalam kumpulan liberal dan pihak syarikat jika mereka tahu identiti saya. Saya dah lama pendamkan ini”
“Saya harap anda dapat baca dengan pemikiran terbuka. Apa yang saya nak ceritakan ini memang benar dan diselindung oleh stesen radio itu untuk jaga nama baik mereka dan orang-orang berpengaruh di stesen.”
Ada parti lepas waktu kerja, ramai staff mabuk sehinggakan salah seorang pekerja wanita dirogol
Menurutnya, ada salah seorang pekerja wanita pernah dirogol ketika mereka sedang membuat majlis sambutan perpisahan salah seorang pekerja.
Lebih dahsyat lagi, nasib mangsa tidak dibela, mereka hanya pecat pelaku sahaja.
“Tahun lepas, syarikat ada buat after work party, di dalam pejabat bagi meraikan salah seorang staff yang bakal berhenti. Pada malam itu ramai yang mabuk dan ada seorang wanita telah dirogol ditangga semasa orang lain sedang berparti. Perogol itu adalah orang melayu muslim, dan mangsa adalah wanita warga asing dan sudah bertunang. Pihak stesen tak buat apa-apa cuma pecat si pelaku”
“Budaya ‘pemangsa’ ini dah meluas di stesen. Ada dua orang yang buat, salah seorangnya adalah individu yang berpengaruh. Dah bertahun, dia kerap Whatsapp wanita dalam stesen tersebut dan ganggu secara seksual. Dia kerap mesej pasal pemakaian saya, ada sekali dia kata saya ni kelihatan menggiurkan. Dia buat perkara yang sama pada ramai orang di salam syarikat.”
“Pihak atasan tahu tentang hal ini dan dia adakan mesyuarat tapi tak buat apa-apa pun. Sebab dia tu seorang public figure dalam kalangan orang-orang liberal. Tak adil. Dia dilindungi sebab kedudukannya dan wanita macam saya dan lain-lain ni tak boleh bersuara sebab kita akan diancam dan mungkin akan hilang kerja. Ramai wanita dalam stesen radio tu tahu pasal hal ini tapi takut dan tak boleh buat apa-apa.”
Ramai wanita terkena gangguan seksual, tapi takut nak bersuara sebab mereka orang berpengaruh.
Tambahnya lagi ada, dua orang yang sering melakukan gangguan seksual terhadap pekerja wanita. Mereka tak mampu nak buat apa-apa kerana kedua-dua individu ini merupakan orang yang berpengaruh. Bahkan takut jika mereka kehilangan kerja.
“Dia buat macam ni tanpa pengetahuan tunangnya. Mereka sepatutnya kahwin tak lama lagi dan saya tahu dia akan menganut agama islam hanya kerana nak kahwin. Niatnya tak betul untuk berhijrah sebab dia masih buat perkara yang sama, buat gangguan seksual pada wanita lain.”
“Lagi seorang, dia ada ‘stalked’ dua orang yang saya kenal. bekas staff dan seorang ibu tunggal. Dia menipu mangsa dan memanipulasikan mangsa sebagai anak yatim. Dia melawat apartment wanita tersebut sekali pada lewat malam dan ganggunya untuk keluar. Dia ada buat perkara yang sama pada orang lain. Kedua-dua wanita ini tak dapat nak lakukan apa-apa sebab dia ni juga orang berpengaruh.”
Buat aduan tak dilayan dan mereka tak percaya
“Tolong saya. Lakukan sesuatu. Tiada seorang pun akan percayakan saya. Saya dah bercakap hal ini kepada badan NGO untuk wanita di kawan KL tapi mereka tak nak percaya sebab mereka berkawan dengan orang-orang stesen tersebut. Golongan liberal akan membela sesama sendiri.”
“Saya bersumpah dengan nama Allah apa yang saya cakapkan ini benar. Dan kalau anda tak nak percayakan saya, anda boleh tanya beberapa bekas staff. Mereka boleh buktikan kepada anda apa yang saya cakap ini bukan satu penipuan.”
Bagaimanapun, lapor The Star pihak stesen radio berkenaan sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini. Email layang ini dikatakan telah dihantar kepada sumber dan platform berita tempatan yang lain.
Hmm, apa pun kita serahkan pada pihak yang berkenaan samada perkara ini betul ataupun tidak. Tapi kalau begini jadinya, lebih baik berhenti sahaja.
Baca : Pelajar Dikacau Secara Seksual Di Sekolah, Tapi Sekolah Kesiankan Cikgu Tu!