in

Kena Belasah dengan 15 Orang Sebab Kacau Bini Orang!

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini, memang silap besarlah kalau ada yang berani dok kacau bini atau girlfriend orang. Walaupun dah banyak kes yang berlaku, sampai ada yang kena bunuh sebab kacau pasangan orang lain, tapi dorang ini masih tak serik-serik lagi. Kannnn…..

Macam baru-baru ini berlaku lagi kejadian yang sama, di mana seorang lelaki berusia 35 tahun teruk dibelasah dengan 15 orang sebab kacau bini orang. Haaa kan dah kena!! Menurut BH, kejadian ini berlaku dekat Kampung Kuala Bekah, Telok Ayer Tawar, kira-kira jam 9 pagi semalam.


Difahamkan, lelaki tersebut dah kenal wanita yang berusia 31 tahun itu sejak tujuh tahun yang lepas, dan dia selalu kacau wanita itu walaupun tidak dilayan.

Cbholokvaaa84Mq
gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pada mulanya lelaki itu datang kat rumah wanita tersebut di Jalan Padang Benggali Telok Ayer Tawar. Dia panggil wanita itu dari luar rumah, namun wanita tersebut enggan keluar. Berang tak dilayan, lantas lelaki itu masuk dan menariknya keluar rumah. Ehhh ehh amboiii!

Wanita itu tolak permintaan lelaki tersebut, tapi lelaki itu masih berkeras. Malah dia ada memegang satu objek dan tunjuk dekat arah wanita berkenaan.”

Disebabkan itu, wanita tersebut menjerit dan telah menarik perhatian ahli Rukun Tetangga berdekatan, menyebabkan mangsa larikan diri ke sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah,” terangnya.

Capture 21
sumber: berita harian

Tambahnya lagi, tak lama lepas itu, rumah lelaki tersebut dikepung sekumpulan lelaki sebelum dia mengambil keputusan untuk menghubungi kakakknya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Sebaik sahaja kakak lelaki itu sampai, orang ramai dah berada dekat luar rumah lelaki tersebut. Dan bila dia masuk dalam rumah itu, keadaan di dalam rumah sangat berselerak dan adiknya duduk sambil memegang kepala yang sakit kerana terkena objek yang keras.

Kemudian, kakak lelaki berkenaan cuba meleraikan keadaan di situ, namun gagal sebelum seramai 10 hingga 15 orang menyerbu masuk ke rumah dan pukul adiknya itu.”

Sukri
gambar hiasan

Lelaki itu mendakwa bahawa dia ditumbuk, diterajang dan dipukul dengan topi keledar oleh wanita itu sendiri termasuklah suaminya, bapa kandung serta adik lelakinya. Uishh gila lahh!

Noorzainy berkata, berdasarkan keterangan daripada anggota polis di situ, lelaki tersebut memegang pisau dan enggan menyelesaikan isu itu ketika didatangi keluarga wanita terbabit. Difahamkan jugak, lelaki tersebut luka di kepala, lebam di kedua-dua tangan, bahagian belakang dan pinggangnya.

Susulan kejadian, wanita bekenaan, bapa, suami dan adik lelaki yang masing-masing berusia 29 hingga 59 tahun ditahan polis jam 2.05 pagi tadi.

Alahai.. Dah orang tak nak tu, cuba move on?

Baca: “Maafkan abah sayang” – Bapa Terkilan Anak 6 Tahun Mati Dipukul Kekasih Bekas Isteri

Capture 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.