Baru-baru ini, pempengaruh Muhammad Faiz atau lebih dikenali sebagai Faiz Soul telah memuat naik video dirinya dijemput merasmikankan majlis ‘Anugerah Akademik’ di sebuah sekolah rendah di Kedah.
Dalam video itu, Faiz menyatakan bahawa dia bukanlah seorang YB namun telah dijemput untuk merasmikan majlis bermakna berkenaan.
View on Threads
Majlis itu telah dilaksana dengan meriah, bertemakan adat budaya Melayu dengan para guru dilihat lengkap berpakaian baju Melayu siap bertanjak lagi. Di dalam video itu juga, dipaparkan Faiz memberi ucapan, menyampaikan anugerah dan menerima penghargaan daripada pihak sekolah.
Dia juga sempat beramah mesra dengan warga sekolah yang ingin bergambar dengannya selepas tamatnya majlis.
Artikel berkaitan: “Toksah berkira sangat!” – Pempengaruh Tegur Peniaga Kedai Makan Campur Air Dalam Sabun Basuh Tangan
Artikel berkaitan: “Ini budaya barat nak hancurkan Islam” – Tareq Fit Tegur Pempengaruh Lelaki Yang Pakai Makeup
“Dah habis ke tokoh yang boleh diangkat jadi idola?”
Posting berkenaan walau bagaimanapun telah mengundang pelbagai komen negatif netizen di Threads yang berpendapat Faiz tidak layak menjadi perasmi majlis di sekolah.
Menurut netizen, pihak sekolah sepatutnya menjemput mereka yang lebih berkelayakan dari segi akademik dan bukannya influencer yang jaguh di media sosial.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengucapkan tahniah dan berpendapat tidak salah untuk Faiz menjadi perasmi bagi majlis tersebut kerana mungkin dia pernah memberi sumbangan kepada sekolah berkenaan.

Dalam pada itu, sehingga setakat ini, pihak sekolah mahupun Faiz tidak memberi sebarang respon mengenai kecaman yang diterima berhubung video berkenaan.
