Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu bahawa kematian akibat Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding yang menerima vaksin.
Menerusi Twitter peribadinya, Dr Hisham memberitahu trend kematian akibat Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan ekoran liputan vaksinasi yang meluas.

Data kami menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk.
Bagi individu yang telah lengkap divaksin adalah 160 orang/kematian bagi satu juta penduduk dan kematian bagi yang mendapat dos penggalak adalah sebanyak 4 orang/kematian bagi satu juta penduduk.
Secara ringkasnya, kematian Covid-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi di kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang telah divaksin.
Our data shows death among non vaccinated & partially vaccinated is 3200 person/mortality per 1 mil population. Among fully vaccinated breakthrough death is only 160 person/mortality per 1 mil pop. Whilst in the boosted population death is 4 person/mortality per 1 mil pop.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 9, 2021
Selain itu, Dr Hisham turut memberitahu, berdasarkan data kematian Covid-19 kebangsaan dari 1 Januari hingga 4 Disember 2021, jumlah kematian tertinggi dicatatkan adalah pada 11 September sebanyak 592 kes.
Manakala jumlah tertinggi pernah direkodkan bagi kes brought in dead (BID) pula, adalah pada 13 September dengan jumlah sebanyak 176 kes.
Bagi tahun 2021 setakat ini, sebanyak 24,014 individu telah meninggal dunia di hospital dan 6,046 kes BID.
Baca: “Kes Aktif Meningkat Kerana Pembukaan Semula Rentas Negeri” – Dr Noor Hisham

