Demi Kelulusan Bomba, Netizen Bantu Cikgu Dapatkan Tangga Kecemasan Di Pusat Tuisyen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mulia sungguh hati seorang cikgu bina pusat tuisyen free untuk pelajar yang tak berkemampuan nak pergi ke pusat tuisyen untuk mendapatkan ilmu.

Viral kerana asingkan RM900 sebulan duit gaji untuk buka pusat tuisyen

Cikgu @Umarhanip yang dulunya viral di media sosial beberapa bulan yang lalu tentang pengorbanannya yang sanggup asingkan RM900 sebulan dari duit gaji untuk membuka pusat tuisyen percuma untuk pelajar miskin. Kali ni, dia sekali lagi mendapat perhatian netizen tentang sumbangan untuk membuat tangga kecemasan di pusat tuisyennya.


Sumber: Twitter

Mohon bantuan sumbangan netizen di Twitter

Dia membuat naik status di akaun  Twitter miliknya sendiri untuk memohon bantuan dari netizen memberikan sumbangan seikhlas hati untuk dia mendapatkan kelulusan dari pihak bomba dengan membina tangga kecemasan. Baginya keselamatan murid-muridnya juga perlu diutamakan, bukan sekadar kebajikan je.

Tak kisah dengan sumbangan hanya RM1 Cikgu Umar amat hargai, ternyata rakyat Malaysia ni sangat-sangat peka dan prihatin

Walaupun sumbangan hanya RM1, dia sangat menghargai tak kisah berapa pun jumlah duit sumbangan tu. Dengan kuasa viral di Twitter, tweet ini mendapat retweet hampir 4000 dan ternyata rakyat Malaysia ni sangat-sangat peka dan prihatin dengan isu macam ni. Tak cukup dengan tu, ada juga netizen yang pemurah dah berikan sumbangan untuk biaya kos pembinaan tangga tu. Prihatinnya rakyat kita ni! Ini la yang kita mahukan, tak kedekut dan suka bersedekah. 


Sumber: Twitter

Ada juga yang offer nak binakan tangga kecemasan dekat pusat tuisyen tersebut kerana baginya boleh menjimatkan kos dan dapatkan harga yang lebih murah. Ya Allah bagusnya rakyat Malaysia. 


Sumber: Twitter

Semoga Cikgu Umar berjaya mengumpulkan dana untuk bina tangga kecemasan ni dan kalau ada diantara korang yang nak bantu or sumbang apa-apa boleh follow cikgu ni di Twitter ok!

Baca: “Mak dia tu pelacur, bagi makan anak dia duit macam tu, halal ke cikgu?”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Ismail

Seorang yang ‘Ambivert’ dan terlebih Ektrovert.