in

Keluasan Hanya 57 Kaki Lebar, Bangunan Pencakar Langit Ini Dikatakan Yang Paling ‘Kurus’ Di Dunia

f5 menara pensil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mengimpikan untuk tinggal di bandar besar seperti di Seoul, New York, London dan Paris. Disebabkan kawasan bandar seperti ini mempunyai penduduk yang padat, kebanyakannya terpaksa menetap di kondo dan bangunan tinggi.

Namun, adakah anda berani untuk tinggal di menara pencakar langit yang digelar paling kurus di dunia ini oleh syarikat pemajunya? Menurut Mirror, Menara Steinway itu terletak berdekatan Central Park, Manhattan.


menara pensil 2

Ia merupakan sebuah bangunan tinggi yang menempatkan 60 buah apartment dan mempunyai 84 tingkat (1,428 kaki).

Keluasannya hanyalah selebar 57 kaki dan dengan ketinggian sedemikian, tak pelik jika ia dipanggil struktur paling kurus kerana memang nampak seperti batang mancis gergasi jika dilihat dari jauh.

Bangunan berkenaan telah direka oleh syarikat SHoP Architects dan dibina oleh syarikat pemaju yang dikenali sebagai JDS Development.

menara pensil 3

Walau bagaimanapun, bangunan tinggi dan kurus seperti ini bukanlah yang kali pertama ada di dunia kerana pada tahun 1970-an, ada banyak menara pencakar langit dengan rekaan yang sama di Hong Kong.

Rekaan bangunan kurus tersebut dipanggil sebagai menara pensil. Ia turut dilengkapi dengan butik barangan mewah, kolam renang 83 kaki, pusat kecergasan dan ruang makan peribadi.

Mewah tu memang mewah, cuma korang rasa penghuni kat sini nanti tak takut ke duduk di rumah yang agak kurus ni? 

Sumber: Mirror

Baca: [VIDEO] Pencakar Langit 79 Tingkat Di China Tiba-tiba Bergoyang, Ramai Lari Bertempiaran 

menara pensil 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.