in

Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali Dakwa Ada Pihak Ambil Kesempatan Buat Kutipan Dana

Mangsa Tanah Runtuh 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada ketika Malaysia masih berkabung dengan tragedi tanah runtuh di Batang Kali hujung minggu lepas, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesempitan keluarga mangsa-mangsa bencana tersebut.

Difahamkan, terdapat pihak tidak dikenali didakwa telah melancarkan tabung sumbangan yang kononnya diadakan bagi meringankan beban mangsa tregedi tersebut.


Menurut laporan Astro AWANI, perkara itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

51671583891 Sengfui

Tai Seng Fui, berkata, setakat ini anaknya Chang Lin, menantu Yu Siew Pay dan dua cucunya masing-masing berusia empat serta tujuh tahun masih belum ditemui setakat ini.

Pun begitu, ahli keluarganya telah mengesan terdapat individu yang melancarkan tabung sumbangan serta upacara sembahyang di media sosial Facebook tanpa pengetahuan mereka.

“Sejak semalam (Isnin) salah seorang anak saya terlihat di Facebook ada pihak muat naik status menyatakan kesedihan dengan tragedi yang meragut nyawa dan individu itu telah mencari tokong untuk upacara sembahyang bagi mereka yang maut serta masih hilang.

Dipercayai ramai pembaca yang memberi respons bersimpati dan menyumbang namun kami sekeluarga tidak pernah dihubungi mana-mana pihak berhubung kutipan dana itu,” katanya.

Lebih mengecewakan, pengguna Facebook itu turut menggunakan gambar tokong untuk upacara sembahyang yang dipercayai diperoleh daripada hasil carian dalam internet.

Tolonglah hentikan perkara macam ni, kesian keluarga mangsa…

Baca: Tanah Runtuh Batang Kali: Jambangan Bunga Hiasi Depan SJK (C) Mun Choong Sebagai Tanda Peringatan

F4 Bunga Flowers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.