in

“Keluarga Malaysia!”- Kahwini Lelaki ‘Cindian’, Kisah Doktor Ini Buat Ramai Terinspirasi

fi mix

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min yakin pasti ramai di luar sana yang sebenarnya ada hati pada someone yang berbeza bangsa dan agama. Kadang-kadang, perbezaan tu yang dijadikan sebagai alasan untuk tak buat first move. Padahal belum cuba belum tau!

Kalau diikutkan, jodoh ini sebenarnya kita tak boleh nak agak dengan siapa dan bila kita bertemu. Sama seperti ajal dan maut, semuanya dah ditentukan oleh-Nya.


Jadi, bila bercerita tentang jodoh, kisah doktor ini telah memberi inspirasi kepada ramai masyarakat terutamanya yang menonton perkongsian beliau di laman TikToknya.

@hajarangelique

Husband mix then convert, bila balik kampung, semua bangsa jumpa ? #fyp #fypシ #fypage #foryou #foryoupage #theChaifamily

♬ Way Back Home – SHAUN

Menerusi akaun TikTok Doktor Hajarangelique ini, beliau dikatakan telah bertemu jodoh pada sekitar tahun 2014 dengan seorang lelaki ‘Cindian’ dan dikurniakan sepasang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Campuran ibu mertuanya yang berbangsa India manakala bapa mertua berbangsa Cina serta beliau yang berbangsa Melayu membuatkan keluarga mereka lengkap mempunyai 3 bangsa utama di Malaysia.

Terdapat posting di laman TikToknya juga yang menunjukkan beliau sekeluarga bersama-sama meraikan sambutan Deepavali yang lalu. Kelihatan ‘keluarga Malaysia’ ini sangat harmoni dan telah memberi inspirasi kepada orang ramai kerana tidak menjadikan perbezaan bangsa dan agama itu sebagai jurang.

komen mix

Untung kahwin mix ni..nanti semua perayaan boleh sambut kan?

Baca: Kelas mak dia! – [VIDEO] Fasih Berbahasa Kantonis Tamil, Cara Mak Cik Ni Berborak Buat Ramai Terpegun

baca mix

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.