in

Keluarga ‘Chill’ Walau Lebih 40 Tahun Tinggal Di Tengah ‘Roundabout’, Takde ‘Plan’ Nak Pindah

Rumah Roundabout

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun sudah lebih 40 tahun berumah di tengah-tengah sebuah roundabout, sebuah keluarga dari Wales ini nampaknya memang selesa dan takde perancangan mahu pindah.


Roundabout House2

Segalanya bermula sekitar dua abad selepas David John dan Eirian Howatson mula-mula berpindah ke sebuah banglo di Denbighshire, Wales pada tahun 1960. Menurut pihak berkuasa, kediaman pasangan terbabit terletak betul-betul di atas bulatan yang bakal dibina.

Kalau setengah orang, mungkin mereka memilih untuk berpindah saja tapi bukan keluarga ini. Mereka berkeras takkan berpindah sehingga bulatan atau roundabout yang dirancang pihak berkuasa tempatan terpaksa dibina mengelilingi rumah mereka.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan, tak sibuk ke kalau dah rumah betul-betul atas roundabout? Menurut salah seorang ahli keluarga ini, Clwyd pengalaman tinggal di situ sama je seperti tinggal di mana-mana kediaman yang dibina berhampiran jalan besar.

Roundabout House

“Selalunya orang akan tanya, macam mana kami masuk rumah dan tak bising ke, bila dapat tahu rumah kami di tengah roundabout. Tak dinafikan, memang kadang-kadang roundabout tu sibuk dengan banyak kereta tapi bukan selalu, cuma pada waktu puncak je.

Selama lebih 40 tahun tinggal di sini, walaupun jalan masuk rumah memang berhubung dengan roundabout, kami tak pernah alami satu kemalangan pun dan kami tak perlu risau pasal jiran,” katanya.

Pun begitu, Clwyd berkata perkara yang paling melecehkan tentang hidup di tengah roundabout adalah perlu memberi penjelasan pada pihak kurier.

Menurutnya, ada pihak kurier yang selalu ingat rumah mereka berada di tepi roundabout dan ada juga yang ingat keluarga itu bergurau bila menjelaskan dimana rumah mereka.

“Poskod rumah kami sama dengan mana-mana rumah di kejiranan ni dan disebabkan itu, ramai kurier yang salah faham. Bila kami jelaskan, mereka mula-mula ingat kami bergurau.”

Pun begitu, jelas Clwyd, dia dan keluarganya selesa tinggal di situ dan tidak ada perancangan untuk berpindah.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Unik sangat material” – Rumah Ini Dibina Guna Batu Nisan Kitar Semula, ‘Walkway’ Pun Dari Bahan Sama!

Tombstone House

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.