Polis kini sedang mengesan seorang wanita yang memakai gelang individu dalam pengawasan (PUS) Covid-19 selepas dia dirakam menunggang motosikal di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Ipoh.
Menurut FMT, video tersebut viral di media sosial baru-baru ini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Lee Swee Sake, berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut susulan laporan yang diterimanya.
Katanya, wanita terbabit dipercayai tunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam itu untuk pergi membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit. Pihaknya sudah melakukan penelitian rakaman video tular itu dan mencarinya untuk keluarkan kompaun.
Polis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan.”
Terdahulu, sebuah video berdurasi 9 saat yang dirakam oleh orang awam di tempat kejadian telah tular menerusi aplikasi Whatsapp menunjukkan wanita itu menunggang motosikal.