Dalam dua serbuan berasingan Op Tegar harini, dua kilang tanpa lesen di Tasek Gelugor telah diarahkan tutup selama 14 hari kerana tidak mematuhi prosedur kebersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Menurut Berita Harian, serbuan yang dilakukan di Kampung Selamat oleh penguatkuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MPSP) di sebuah kilang memproses kelapa yang juga dijadikan sebagai kerisik mendapati :
Seorang pekerjanya memijak kelapa yang dikisar sebelum dijemur di kawasan yang ada anjing.”
Manakala di serbuan berasingan di kilang mi sua :
Pekerjanya tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap dan membiarkan produk yang siap dijual kepada pengguna bersepah di atas lantai dan dihurung lalat.”
Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid, sudah dua minggu pihaknya melakukan intipan terhadap dua kilang tanpa lesen tersebut sebelum serbuan dijalankan.
Hasil pemeriksaan di kilang memproses mi sua mendapati ia bukan sahaja terletak berhampiran kandang babi, namun pemiliknya didapati tidak mengendahkan kebersihan apabila membiarkan mi yang berselerak dan bertaburan di atas lantai yang kotor dan dipenuhi lalat hingga ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran makanan.”
Selain itu, siasatan lanjut kemudian mengesahkan kilang itu pernah diperiksa pada 2012 dan sehingga kini pemiliknya masih tidak memiliki lesen walaupun beroperasi untuk tempoh yang agak lama.”
Dapatan lain, kilang memproses kelapa tersebut sudah lama beroperasi tanpa lesen selain mengupah pekerja asing tanpa memiliki suntikan anti-tifoid.
Pemeriksaan sekitar kilang itu mendapati keadaannya sangat kotor dan berbau busuk bahkan kedudukan tandas pekerja pula bersebelahan dengan longgokan kelapa yang sudah dikupas selain menggunakan sumber air yang sama iaitu untuk tandas dan membersihkan isi kelapa.”
Isi kelapa yang siap dikopek pula dikatakan dihantar ke pasar berdekatan di seluruh negeri ini sbeleum diproses menjadi santan atau kerisik oleh peniaga.”
Selain daripada dua kilang terbabit, satu kedai runcit juga turut diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati kedai itu tidak mematuhi syarat kebersihan.
Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan 16 kompaun yang berjumlah sehingga RM20,000 terhadap ketiga-tiga premis berkenaan manakala MBSP telah mengeluarkan dua notis bersama tiga kompaun bernilai RM500 terhadap pemilik premis.