Untuk mendapatkan gambar kahwin yang cantik, terdapat dua perkara yang perlu diambil kira. Kemahiran jurufoto yang hebat akan membuatkan sesebuah gambar itu menjadi indah, serta lokasi penggambaran turut memainkan peranan yang sama.
Namun lain pula situasi yang dihadapi oleh jurufoto ini ketika mengambil gambar pengantin di atas pelamin.
Ada kolam panjang depan pelamin
Menerusi satu perkongsian oleh seorang jurufoto yang bernama Ijat, pihaknya terpaksa mengambil gambar pelamin dari jarak beberapa meter jauh gara-gara ada kolam yang terletak di hadapan pelamin.
Menurut salah seorang jurufoto dari Official Studio itu, bukan lokasi pelamin itu sahaja yang istimewa. Malah lebih istimewa, majlis ini melibatkan dua pengantin kembar lelaki, Adib dan Arif, bersama pasangan mereka, Aisyah dan Amalina.
Sape sape yang nak kawen depan kolam, mintak tambah platform.
Yang ikhlas,
Photographer. pic.twitter.com/VkSdi5Z1f4— Ijat kacak 𝕏! 𓂆 🇵🇸 (@Ainyazaltaa) January 29, 2022
Guna orang tengah untuk beri arahan
Difahamkan, pihak syarikat fotografi tersebut sudahpun dimaklumkan dengan lokasi pelamin yang agak istimewa. Jadi sebagai persiapan, mereka membawa lensa yang sesuai mengikut keadaan.
Lebih lucu, oleh kerana lokasi pelamin dan jurufoto yang agak jauh, pihak mereka meletakkan orang tengah untuk memberikan arahan kepada mereka di atas pelamin berkenaan gaya yang patut dilakukan.
“Dalam video tu, saya sedang bertugas untuk menggayakan sesi fotografi seperti beri arahan formal dan gaya bebas, sebab jarak tu tak larat untuk kami jerit”, ujar Ijat.
Bagaimanapun, dengan lensa yang tepat dan kemahiran jurufoto yang hebat, gambar yang dihasilkan masih kelihatan cantik dan indah. Syabas buat jurufoto yang terlibat!
Sebenarnya, team aku dah notify dah kedudukan pelamin ni. Sebab tu dah sedia awal lens yang bersesuaian dengan tempat. Jangan risau, we are all having fun😁
Belanja sikit teaser untuk korang, pengantin sweet aku pernah jumpe. Antara pengamal jutsu pembahagi bayang. pic.twitter.com/syHroCmZJR
— Ijat kacak 𝕏! 𓂆 🇵🇸 (@Ainyazaltaa) January 29, 2022
Di akhir ciapan, jurufoto ini sempat berseloroh dengan mengatakan pihaknya akan tenggelam kerana kolam tersebut berkedalaman 2.5 meter.
UPDATE
Pihak villa kate bahagian depan kolam ni berkedalaman 2.5 meter. Aku tenggelam terus
— Ijat kacak 𝕏! 𓂆 🇵🇸 (@Ainyazaltaa) January 29, 2022
Jauh betul jurofoto tu ambil gambar!
Kredit: Ijat Kacak
BACA: Tular Video Pelamin Konsep Doraemon, Netizen Persoal Kenapa Pengantin Tak Senyum?