in

“Keganasan di sana sini”- Tak Cukup Muslim Uighur Ditindas, Muslim Di India Kini Jadi Sasaran, Masjid Dibakar

Featured 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan sahaja di China, muslim menjadi sasaran dengan kira-kira 3 juta etnik muslim Uighur didakwa masih ditindas dalam kem tahanan, kini terbaru dilaporkan muslim di India juga menjadi sasaran.

Ketegangan dan keganasan yang berlaku di bahagian Utara-Timur Delhi dilihat semakin memuncak apabila terkini dilaporkan sekurang-kurang sudah mencatatkan 24 kematian.


Lebih parah lagi apabila Ketua Polis Delhi turut dilaporkan terbunuh dalam insiden keganasan tersebut.

Yang menjadi perhatian, apabila kumpulan ini turut membakar sebuah masjid di New Delhi.

Penyerang dikatakan menjerit Jai Shri Ram sambil berarak di sekitar kawasan masjid Ashok Nagar di ibu negara itu pada Selasa lepas.”

Menurut sumber, pemberontakan tersebut bermula pada Ahad apabila penunjuk perasaan melakukan protes terhadap kontroversi melibatkan undang-undang kewarganegaraan.

Kumpulan penunjuk perasaan kemudiannya mula menyerang orang awam berdasarkan agama mereka dan yang menjadi sasaran ialah orang Islam di sana ekoran sentimen ‘anti-muslim’ oleh pengganas Hindutva.

*tonton atas tanggungjawab sendiri

https://twitter.com/doamuslims/status/1232036018976698373?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1232036018976698373&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.hijabista.com.my%2Fmasjid-dibakar-penyerang-buat-amaran-protes-berterusan-berlaku-di-new-delhi%2F

Selain masjid, kedai-kedai makan dan kenderaan turut dibakar susulan amukan orang ramai di Maujpur, Jafrabad dan kawasan-kawasan lain di Timur Laut Delhi.

 

Baca : Kena coronavirus pun tak insaf lagi- Pendedahan Mengejut Rakyat China, Dakwa Kerajaan Masih Seksa 3 Juta Muslim Di Kem Tahanan Setiap Hari

Corona 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.