Dulu negara kita pernah kecoh dengan kemunculan seorang Raja Bomoh, yang datangnya entah daripada mana. Sejak itu, ramai netizen yang buat gimik seakan-akan pegang kelapa. Lawak kot masa tuuu! Tapi lepas ‘ghaibnya’ Raja Bomoh tersebut, muncul pulak ustaz baharu yang tiba-tiba tular di media sosial, katanya memang pakar dalam buang saka. Biar betul?
Sejak dua hari lepas, tular beberapa video yang dikongsikan sendiri oleh ustaz tersebut melalui laman Facebook miliknya sendiri, iaitu Perubatan Islam Ustaz Raffi. Difahamkan, ustaz ini mahir dalam buang saka atau sihir, dan apa-apa jenis penyakit pelik yang dialami oleh sesiapa pun. Kebanyakan yang datang berubat dengan dia adalah disebabkan perubatan itu 100% percuma.
Namun apa yang jadi tanda tanya netizen sekarang apabila ustaz tu menggunakan pistol mainan sebagai alat killer dia dalam sesi mengubati. Banyak komen-komen negatif berkaitan dengan pistol tersebut, dan komen ustaz itu,
“Saya menggunakan pistol mainan itu setelah mendapat petunjuk dari Allah apabila saya minta kepada Allah supaya memberi saya satu kaedah perubatan yang menepati hukum syarak, tidak menyusahkan pesakit dan saya sendiri kerana saya orang kurang upaya (oku)”
Dalam video yang ustaz itu kongsi, kita boleh tengok sendiri pada mulanya ustaz itu akan baca beberapa ayat daripada al-Quran dan mula ‘tembak’ pesakit dia dengan guna pistol mainan itu. Hmmm…. Aksi itu diteruskan sampai lah ayat yang dibacanya dah sampai ke pengakhirannya. Ustaz yang berasal dari Terengganu ini nampaknya langsung tak endahkan komen-komen negatif daripada netizen, malah dia dengan bersahaja balas komen-komen makcik pakcik bawang tersebut.
Pun begitu, rating yang diterima ustaz ini agak tinggi iaitu 4.7 bintang daripada 5 bintang. Antara komen-komen pesakit yang dah pernah berubat dengan dia,
“Saya berbangsa cina, saya dan sekeluarga telah mendapat rawatan daripada Ustaz Raffi. Sesiapa yang mengalami gangguan di rumah daripada hantu, iblis, syaitan atau mengalami penyakit kronik yang luar biasa, Ustaz Raffi boleh bantu. Yang pasti akhirnya masalah yang kita alami dapat diatasi dengan selamat dan balik seperti sediakala”
Tapi disebabkan pistol mainan yang dia guna, boleh dikatakan agak teruk jugak ustaz ini kena selar. Antaranya,
“Buang lah pistol tu, macam budak-budak lah. Lebih baik guna kaedah tradisional je”
“Kalau ye pun, ustaz off lah bunyi tu, cabut bateri dia. Seriously bagi je sesiapa tengok confirm gelak punya”
“Tembak jin”
Admin pun tak tau lah betul ke tidak.. Tapi makcik pakcik bawang tu janganlah kutuk dia sangat. Kesian dia..
Baca: Bomoh Gatal Kantoi ‘Rawat’ Pesakit Dengan Bogelkan dan Korek Kemaluan Mangsa