“Kedai makan biasa je pun” – Restoran ‘Ketuk’ Pelanggan Sampai RM533, Alasan Owner….

Bagi admin daripada habis untuk dinner kat kedai biasa sampai ratus-ratus macam ni, baik pergi jelah makan tempa-tempat buffet macam steamboat tu ha!

Ada satu kedai dekat KL City Centre ni, caj kat satu keluarga yang datang makan dekat kedai dia sampai RM 533! Makan hotel tu lain lah kan!

 

Ikan cuma ekor, 5 menu sampai RM 533!

Dekat satu page Facebook ni, ada seorang wanita bawa suami dan seluruh keluarganya makan malam kat situ, habis je dia terkejut bila tengok 5 menu yang dia order  boleh jadi mahal sampai macam tu sekali.

Lebih teruk lagi, keluarga tu tak ada pun order minuman alkohol, cuma chrysanthemum tea je.

Biarpun kedai yang diaorang makan ni bukan kedai halal, tapi tak logik bagi keluarga dicas dengan harga sebegitu.

Tauge goreng dengan peria ,lala RM 68, ekor ikan RM 258, ayam steam RM88 dan lauk jenis lain RM45

Lapor World Of Buzz, restoran tu tak bagi resit yang proper pun hanya kertas bil biasa-biasa je, lepastu tulisan pun susah nak faham!

Bila diminta resit yang ada nama restoran, mereka hanya guna jenis resit yang sama lepatu tulis F&B.

 

Alasan boss bagi resit mahal

Terkejut dengan harga yang diberikan, bila ditanya alasan boss dia adalah diaorang gunakan bahan-bahan segar.

Malas nak bergaduh mereka pun terus bayar.

Disebabkan itu restoran tersebut dapat banyak bad review melalui Facebooknya. Tapi bila tengok dengan platform lain pun memang ramai yang complain harga dia mahal. Orang complain dari tahun 2011!

Banyak kecaman daripada warganet pihak restoran itu menegaskan pendapat mereka yang mereka menggunakan bahan-bahan segar. Stok terhad, dan ayam boleh jadi mahal sebab dimasak dengan cara tersendiri.

Tapi logik ke sampai macam tu? Apa pendapat korang.

 

Baca : “Pergh makin tambah selera”- [VIDEO] Viral Restoran Jual Mee Goreng Ayam Berulat Di Perak

 

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?