in

Kedai Durian Ini Jadi Tular, Bagi Orang Single Durian Percuma

Durian Percuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu ni memang banyak gerai-gerai menjual durian dibuka di tepi-tepi jalan memandangkan sekarang ni memang musim buah durian.

Jika baru-baru ini tular peniaga durian yang membuka baju ketika sedang berniaga, kali ini, peniaga durian di Terengganu pula menjadi perhatian kerana peniaga tersebut memberikan durian percuma kepada pelanggan yang masih single atau bujang.


Kaedah pemasaran gerai durian itu telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai echa_achaa baru-baru ini.

@echa_achaa

Korang yang single cepat pegi claim durian free ok !

♬ original sound – Echaaaaaaaaaaaaaa – Echaaaaaaaaaaaaaa

Artikel Berkaitan: “Apa tujuan buka baju? – Peniaga Durian Tak Malu Tayang ‘Body’ Undang Perhatian Netizen

Artikel Berkaitan: “Memang nikmat tapi mudarat” – Doktor Kongsi 7 Makanan & Minuman Perlu Dielak Lepas Makan Durian

Dalam video yang berdurasi selama lebih seminit itu, dapat dilihat bahawa peniaga durian berkenaan telah meletakkan papan tanda bahawa durian D24 dijual dengan harga RM26 per kilogram.

Namun, di bawah tulisan harga tersebut, peniaga juga telah menyatakan bahawa ‘kalau single dapat free’.

Difahamkan, lokasi gerai durian tersebut terletak di Seberang Takir, Terengganu.

Jadi, sesiapa yang masih single dan tinggal di Terengganu, boleh lah datang claim durian free dekat gerai ni.

Sumber: TikTok @echa_achaa 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.