Kecoh semalam apabila dua buah kumpulan Mat Rempit dilaporkan telah bergaduh secara besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Video tersebut tular selepas dimuat naik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS di laman Facebook mereka. Berdasarkan video yang dimuat naik, dilihat sekumpulan Mat Rempit sedang bergaduh dengan menggunakan helmet sebagai senjata di tengah jalan raya di sekitar Dataran Merdeka.
https://www.facebook.com/223545897823128/videos/2733822856864125/
Lebih mengecewakan, ada beberapa individu yang dilihat hanya duduk di sisi jalan sebagai penonton dan tidak cuba untuk meleraikan pergaduhan.
Pergaduhan ini bukan sahaja mengganggu ketenteraman pengguna jalan raya yang lain, malah turut mencemarkan hari kemerdekaan yang bakal disambut beberapa hari lagi di tempat yang sama.
“Malu la bangsa Melayu, sikit-sikit nak gaduh dan tunjuk lagak. Kalau betul nak bertumbuk, one by one la bro bukan ajak geng sekali”, komen salah seorang pengguna Facebook yang turut kecewa dengan kejadian pergaduhan ini.
Dalam keadaan negara yang semakin parah dengan jangkitan Covid-19, kes pergaduhan ini dilihat sebagai sesuatu sangat membahayakan. Tiada penjarakan fizikal dan topeng muka yang dipakai oleh geng Mat Rempit tersebut.
Semoga tiada Kluster Mat Rempit pula selepas ini.
Kredit: Info Roadblock JPJ/POLIS
BACA: “Tak perasan” – Alasan Peniaga Lepas Ditahan Polis Sebab Pasang Bendera Terbalik