in

Kecoh Rumah Banglo Mewah Di Sik Dikatakan Milik MB Kedah, Bila Disiasat Rupanya…

Sanusi Perjelas Isu Rumah Banglo Sik Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah dekat-dekat dengan musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, pasti akan ada banyak kisah berkisarkan isu politik atau individu yang terlibat dengan politik.

Terbaru hangat diperkatakan baru-baru ini ialah mengenai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang dikatakan memiliki sebuah rumah banglo mewah di Sik, Kedah yang menarik perhatian ramai.


F0Vcgnjayamqplb

Menerusi gambar yang ditularkan, ada di kalangan netizen mempertikai bagaimana seorang menteri besar mampu memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM7.8 juta.

Bukan rumah Sanusi tapi rumah abang 

Tampil menjawab dakwaan netizen, MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan yang gambar rumah banglo di Sik itu miliknya seperti yang ditularkan beberapa individu di Twitter.

Menurut Berita Harian, beliau menegaskan bahawa kediaman itu sebenarnya milik abangnya yang bekerja sebagai penyelam dasar laut.

Banglobh11Julai 1689071467

Foto sebuah banglo di Sik lengkap dengan imej ‘Google Map’ yang cuba digambarkan ada kaitan dengan saya hingga timbul tanggapan kononnya banglo itu milik saya…ia tidak benar dan semata-mata fitnah.

“Pemfitnah ini bekerja keras menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mempengaruhi orang ramai percaya saya kini hidup kaya raya hingga mampu membina rumah seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan.

“Bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut” 

Tambah Sanusi yang juga merupakan ADUN Jeneri, tiada satu sen pun dari wangnya digunakan untuk membina rumah rumah berkenaan kerana ia dibina hasil titik peluh abangnya yang bekerja puluhan tahun.

Abangnya juga terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak selama tiga ke empat bulan untuk keluar bekerja.

2172363

Bukan sekali dua tapi banyak kali sehingga ada ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut.

“Amat menyedihkan tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah yang baru, ada pula yang dengki dan sakit hati menjaja fitnah kononnya rumah itu bukan milik mereka.

“Apakah salah mereka kepada kalian? (pemfitnah),” katanya.

Katanya lagi, adakah menjadi kesalahan kerana pemilik rumah itu abangnya, jadi abangnya tidak boleh mempunyai wang dan membina rumah seperti itu?

Sanusi juga menjelaskan bahawa rata-rata penduduk Sik juga sudah tahu bahawa itu rumah abangnya dan bukan rumah beliau. Sebagai adik, Sanusi juga tahu abangnya sudah lama bekerja keras demi membahagiakan keluarga.

Baca: Sanusi Dakwa Pulau Pinang Milik Kedah? Ini Sejarah Pulau Pinang Yang Korang Perlu Tahu!

Sanusi Penang

Sumber: Twitter
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.