in

Kecoh! Pengarah Sensasi Baru ‘Settle’ Kontroversi, Didakwa Ceraikan Isteri Guna WhatsApp?

Pengarah Cerai Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul dakwaan yang mengatakan seorang pengarah sensasi telah menceraikan isterinya melalui WhatsApp, lapor sebuah portal hiburan.

Menurut kenyataan portal tersebut, bukan sahaja diceraikan dengan cara sebegitu, malah si isteri yang juga anak kepada pelakon veteran turut dikatakan dihalau daripada rumah.


Difahamkan, dakwaan penceraian itu ada ditinggalkan oleh beberapa orang individu di ruangan komen Instagramnya.

Artikel berkaitan: “Dah takde baru nak call” – Yusof Haslam Komen Isu Gosip Anak, Sebak Menunggu Kepulangan Syamsul

Artikel berkaitan: “Dia mengandungkan saya” – Wanita ‘Spill Tea’ Pasal Pelakon Muka Jambu, Ramai Dah Jadi ‘Mangsa’?

R6Nptssr Isteri Ingin Minta Cerai Dari Suami Nasihat Pakar 1000X600 1

Tambahnya, si isteri yang merupakan bekas madu kepada pelakon wanita terkenal pernah menjadi tumpuan netizen selepas hadir sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan perceraian.

Jadi, disebabkan kontroversi yang sering menjadi tumpuan di media sosial, apa saja yang dilakukan oleh isteri pengarah berkenaan pasti akan dikecam.

Lebih mengejutkan, ada dakwaan mengatakan isteri kepada pengarah itu ada ‘penyakit berbahaya’ namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan berkenaan dan diharapkan hanya khabar angin sahaja.

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.