in

Kecoh! Orang Awam Terkejut, Video Lucah Ditayang Di Pusat Vaksin Covid-19

Fi Lucahh

Baru-baru ini gempar di media sosial apabila sebuah video menunjukkan sebuah filem lucah, ditayangkan di televisyen (TV) di pusat pemberian vaksin Covid-19

TV tersebut yang sebelum itu menayangkan khidmat awam di pusat perubatan, secara tiba-tiba menunjukkan adegan dari sebuah filem lucah.

Lucah 1 Edit

Perkara ini turut disahkan oleh seorang saksi kejadian yang berlaku di Bandar San Jose, Costa Rica.

“Pada mulanya mereka hanya menayangkan iklan perkhidmatan awam dan tiba-tiba ia berubah.

“Tiada perkara merbahaya berlaku, tapi petugas kesihatan kelihatan keliru dan malu dalam masa yang sama” katanya.

Ketika kejadian itu berlaku, ramai orang awam tengah menunggu giliran di dalam khemah untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Perkara tersebut ternyata menggemparkan ramai orang yang berada di situ, lalu petugas kesihatan di sana cuba mematikan TV yang dipercayai bersambung kepada sebuah komputer menurut DailyStar.

Akhirnya setelah beberapa ketika, petugas tersebut berjaya mematikan TV tersebut dengan mencabut plug. Lalu petugas tersebut memohon maaf di atas ‘ketidak selesaan’ yang telah berlaku.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tak dapat diketahui sama ada perkara itu memang tidak disengajakan atau prank. 

Selain itu, siasatan sedang dijalankan untuk mencari individu yang memainkan video tersebut.

Perkara macam ni pun boleh jadi, pelik-pelik.

 

Baca : ‘Elisabeth Fritzl’ : Disangka Hilang 24 Tahun, Rupanya Dikurung Dan Jadi Hamba Seks Bapa Sendiri Sampai Lahirkan 7 Anak 

Foot Lucah

Sumber: DailyStar