in

Kecoh Kes Artis Ditangkap Khalwat, Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Dilihat Menerusi CCTV Kondo?

F3 Cctv Aliff Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, kecoh di media sosial tentang berita penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz yang telah ditangkap khalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium namun identiti wanita tersebut ketika itu masih belum dapat dipastikan.

Namun, memetik laporan Harian Metro, kelibat Aliff Aziz dan pelakon wanita popular iaitu Ruhainies dikatakan telah dilihat dalam sebuah video rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kondominium.


5

Difahamkan, video CCTV  itu bertarikh pada 25 Februari. Dalam video CCTV terbabit, dapat dilihat Ruhainies dan Aliff sedang berjalan ke arah lif bangunan tersebut dari lobi.

Artikel Berkaitan: “Terpaksa panggil bomba”- Dicekup Berkhalwat Dengan Seorang Pelakon Wanita, Pihak JAWI 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu Kondo

Artikel Berkaitan: “Nak sondol sesiapa ke?” – Gelar Ruhainies ‘Penyondol’, Gurauan Janna Nick Dianggap Melampau

Ketika operasi oleh pihak JAWI malam tadi juga, ahli keluarga Ruhainies dikatakan turut berada di bangunan kondominium terbabit.

Pelakon, Risteena Munim yang juga kakak kepada Ruhainies dikatakan telah dilihat berada di premis kondominium terbabit namun dia dan dua lagi adiknya beredar tak lama kemudian kerana diminta berbuat demikian oleh pengawal keselamatan kondo itu dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Difahamkan, Ruhainies dan Aliff Aziz baru-baru ini ada menjalani penggambaran bersama-sama untuk sebuah drama tempatan.

Whatsapp Image 2024 03 09 At 12.22.03 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.