in

Kecoh! Kapal Selam Bawa Jutawan Tengok Kapal Titanic HILANG, Ini Apa Korang Perlu Tahu…

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah kapal selam yang membawa sekumpulan pelancong untuk melihat bangkai Titanic telah dilaporkan hilang di perairan tenggara Kanada pada Ahad lepas. Ekoran ini, satu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran sedang diadakan untuk mengesan kapal selam tersebut.

Berita kehilangan kapal selam ini telah pun menjadi topik bualan di seluruh dunia di mana pada ketika ini rata-rata orang mengharapkan terdapat keajaiban yang dapat membawa balik kesemua penumpang di dalam kapal selam tersebut dengan selamat. Ini apa yang korang perlu tahu…


Apa yang berlaku?

Sebuah kapal selam milik OceanGate Expeditions yang boleh memuatkan seramai lima penumpang dan diberikan nama Titan telah menyelam pada pagi Ahad lalu bagi memulakan ekspedisi melihat bangkai kapal Titanic.

Ekspedisi untuk melihat bangkai Titanic ini memerlukan bayaran sebanyak US$250,000 (RM1.2 juta) seorang ini telah bermula di St John, Newfoundland sebelum bergerak kira-kira 640km ke dalam lautan Atlantik untuk ke kawasan bangkai Titanic.

Titan Oceangate 1 6448184 1687270749350

Untuk pengetahuan korang, bagi melawat Titanic, penumpang perlu masuk ke dalam kapal selam dan membuat perjalanan yang mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyelam ke arah bangkai Titanic.

Namun begitu, Pegawai Pantai Amerika Syarikat mengesahkan bahawa kapal selam tersebut gagal dihubungi dan berkomunikasi dengan kapal penyelidikan Polar Price satu jam 45 minit selepas ia menyelam ke dalam laut.

Semalam, krew dari Pegawai Pantai AS, Pegawai Pantai Kanada, Tentera Laut AS dan Pegawai Udara AS telah pun melakukan pencarian seluas 7,600 batu persegi iaitu lebih besar dari seluruh bandar Connecticut.

Siapa penumpang dalam Titan?

Menurut CBS News, antara penumpang di dalam kapal selam tersebut termasuklah jutawan British Hamish Harding, jutawan Pakistan Shahzada Dawood dan anak lelakinya Suleman, penjelajah Perancis Paul-Henri Nargeolet serta CEO OceanGate Stockton Rush.

Ini serba sedikit latar belakang mengenai penumpang-penumpang Titan:

Hamish Harding

2023 06 20T084053Z 1137539089 Rc2Wm1Aql8Rx Rtrmadp 3 Titanic Submersible

Hamish merupakan seorang pengerusi syarikat yang dipanggil Action Aviation yang menjual pesawat kepada syarikat-syarikat gergasi, perbadanan antarabangsa, ketua-ketua negara, selebriti dan atlet-atlet ternama.

Jutawan British ini juga telah digelar sebagai billionaire oleh media-media di sana namun dia tidak termasuk dalam senarai orang terkaya di dunia untuk majalah Forbes.

Sebelum berlepas ke ekspedisi Titanic, Hamish telah kongsikan di Facebook mengatakan bahawa misi melawat Titanic tersebut “mungkin merupakan misi melawat Titanic pertama dan satu-satunya pada tahun 2023” ekoran keadaan cuaca.

Shahzada Dawood dan Suleman Dawood

Shahzada And Suleman Dawood Titanic Sub

Shahzada Dawood merupakan naib pengerusi Dawood Hercules iaitu syarikat pelaburan yang bertapak di Karachi, Pakistan.

Shahzada bagaimanapun merupakan penduduk tetap di UK bersama isteri dan dua orang anaknya, Suleman dan Alina.

Suleman yang baru berusia 19 tahun pula merupakan seorang peminat sains fiksyen dan gemar bermain bola tampar.

Kami bersyukur atas keprihatinan yang diberikan oleh rakan-rakan dan rakan sekerja, kami meminta semua orang untuk mendoakan keselamatan mereka.” – Keluarga Dawood.

Paul-Henri Nargeolet

Gettyimages 169763416

Paul-Henri Nargeolet dikenali sebagai pakar Titanic, menurut laman web OceanGate, Paul telah pun mengetuai enam ekspedisi ke bangkai Titanic dan dia digelar sebagai “Penjelajah Titanic Terhebat”.

Lelaki ini juga merupakan pengarah kepada penyelidikan dalam air untuk RMS Titanic, iaitu syarikat Amerika yang memiliki hak terhadap bangkai Titanic.

Stockton Rush

Ap16165598378545

Stockton merupakan CEO syarikat yang menjalankan ekspedisi melawat kapal Titanic ini. Ketika dia berusia 19 tahun, Stockton merupakan orang termuda untuk menjadi seorang juruterbang bertaraf pengangkutan jet apabila dia memperoleh lesen Jenis/Kapten DC-8 di Institut Latihan Jet United Airlines.

Kapal selam dikunci dari luar

Greom85O Missing Titanic Submarine

Jika kapal selam ini tidak terbenam ke dalam lantai laut atau mengalami kegagalan yang mengakibatkan bencana, kapal ini mungkin akan timbul di atas laut.

Walaupun kapal ini dapat timbul ke atas lautan, penumpang masih di dalam bahaya. Ini kerana, pintu kapal selam ini telah dikunci dari luar. Bermakna, tiada jalan keluar untuk penumpang-penumpang dari dalam dan mereka memerlukan oksigen kecemasan untuk terus bernafas.

Tak cukup dengan itu, menurut satu tuntutan mahkamah pada tahun 2018, bekas pengarah syarikat OceanGate ini pernah mengutarakan tentang beberapa isu keselamatan tentang Titan dan bagaimana ia akan membahayakan penumpang apabila mencapai kedalaman yang ekstrem.

Bagaimanapun, David Lochridge kemudiannya dipecat selepas mengutarakan kebimbangannya itu terhadap kapal selam Titan ini. Malah, dalam satu video yang tular di Twitter, dapat dilihat kapal selam tersebut dikawal oleh controller yang hanya berharga US$30.

Dengar bunyi ketukan

Namun begitu, pencarian masih lagi tidak menemui apa-apa penemuan yang positif namun ia masih diteruskan.

Sementara itu, pakar perubatan Dr Glenn Singleman telah memberitahu cabaran-cabaran yang bakal dihadapi apabila terlibat dalam ekspedisi kapal selam.

Persekitaran yang ekstrem mempunyai risiko yang sangat besar. Tekanan di kawasan bangkai Titanic adalah seperti berat sebuah kereta tertindih di atas pergelangan tangan.

Jadi, pengaliran oksigen perlu dikawal, kardon dioksida dan wap air perlu dikeluarkan. Selain itu, suhu juga perlu dikawal kerana suhu air di bawah sana adalah di antara 0 ke 1 celsius.

Semua kapal selam perlu lakukan perkara yang sama.”

Kemungkinan yang berlaku pada Titan

Bekas Pegawai Pantai AS, Andrew Noris mengatakan ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kapal selam ini hilang komunikasi dengan krew di atas laut.

Mungkin berlaku pelanggaran besar yang menyebabkan letupan atau beberapa kerosakan yang menyebabkan komunikasi hilang atau ia tak mampu untuk naik dari dasar laut.”

Antara isu lain yang mungkin berlaku adalah kapal selam tersebut tersangkut pada serpihan-serpihan yang boleh ditemui di dasar laut berhampiran dengan Titanic.

Ketika artikel ini ditulis, kapal selam tersebut masih gagal ditemui dan misi pencarian masih lagi diteruskan.

Sumber: The Guardian, CBS News, CTV News

 

Baca: Bayar RM1.2 Juta Untuk Lawat Bangkai Titanic, Kapal Selam Bawa Pelancong Dilaporkan Hilang

Kapal Selam Lawat Titanic Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.