Sebagai parents, naluri kita bila berkait dengan hal anak ni mestilah nak terus lindung anak kan? Lagi-lagi bila anak kita dituduh buat benda-benda yang tak elok.
Pun begitu, sebagai ibu bapa juga kita adalah cerminan kepada anak-anak. Cara kita mengawal sesuatu situasi juga boleh mempengaruhi perangai anak. Kalau tak, takkanlah ada pepatah “mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”.
“ANAK AKU TAK AMBIK HAK ORANG”
Macam baru-baru ini, tular di media sosial bila seorang wanita telah membuat live Facebook menunjukkan dia mengamuk sakan selepas anaknya mengadu cashier di kedai serbaneka itu menuduhnya mencuri.
Dikatakan, wanita ini telah datang ke kedai serbaneka tersebut kerana bengang melihat anaknya pulang ke rumah dalam keadaan menangis selepas dituduh mencuri.
Mak borek anak rintik
Namun, apa yang menarik perhatian ramai selain wanita ini mengamuk adalah perangai anaknya sepanjang video tersebut yang dilihat turut memberontak sehingga mencampak barang-barang di depan kaunter dan menendang-nendang kaunter.
Wanita ini turut mengugut supaya cashier tersebut membawa kes ini ke balai polis sekiranya mereka yakin anaknya ini mengambil barang tanpa bayar seperti yang diperkatakan.
Rata-rata netizen di media sosial telah mengecam cara ibu ini yang mengamuk tak tentu hala serta perangai anaknya yang dilihat tidak terkawal.
Kalau korang tengok video ni sampai habis, ada juga part di mana budak ni cakap orang yang tuduh dia sebenarnya adalah kawan dia. Sebabtu cashier tu tanya dia mencuri ke tak. Ah pulak.
Alamak, kenapalah sampai nak buat kecoh-kecoh macam ni. Kalau semua bertenang kan senang nak settle. Nampak macam semua salah faham je.
Baca: Peniaga Mengamuk Serang Wanita Lepas Ditegur Berniaga Dekat Parking Lot