Kalau kita bercakap pasal sukan badminton, sudah pasti kehebatan dan ketangkasan pemain-pemain menjadi tumpuan seperti anak-anak Sidek, Dato’ Lee Chong Wei, Lee Zii Jia dan ramai lagi.
Seperti yang kita tahu, bekas pemain No.1 dunia bagi lelaki perseorangan badminton iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei (LCW) telah pun bersara dari sukan tersebut pada 13 Jun 2019 atas faktor kesihatan.
“Nak jadi coach Singapura ke?”
Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang khabar angin yang mengatakan LCW telah dilamar untuk menjadi jurulatih badminton di Singapura.
Menurut News Straits Times, berita mengejutkan itu telah menyebabkan ramai yang kecewa dan berharap agar bekas juara empat kali Kejohanan All England itu tidak menerima tawaran tersebut.
Selepas dua hari mendiamkan diri, akhirnya LCW membuat satu posting di Instagramnya @leechongweiofficial sebagai jawapan kepada teka-teki tersebut dengan mengesahkan berita tersebut.
https://www.instagram.com/p/CcDVUjqpyn5/?utm_medium=copy_link
“Kapsyen tak pernah tak win!”
Namun, beliau masih belum berniat untuk menjadi jurulatih walaupun masih cintakan sukan badminton dan apa yang mencuri perhatian netizen adalah ayat terakhir yang ditulis oleh LCW yang begitu sempoi!
“ChongWei akan terus lepak di Malaysia, layan bazaar Ramadan dan tunggu jemputan open haus Raya. ?” – Tambah LCW di kapsyen
Disebabkan Datuk Lee Chong Wei ni memang dikenali dengan sidenotes yang kelakar, ramai betul yang menantikan posting IG beliau… Macam komen-komen kat bawah ni, terhibur min baca!
Haritu punya sidenote dates pun belum hilang dari ingatan, tambah pulak yang ni! Hahaha… Penat lah gelak sorang-sorang!