in

Kecewa Pelawaan Untuk Minum Sekali Ditolak, Pemuda Ini Baling Biskut Ke Arah Wanita

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki di Singapura didakwa membaling biskut jenama Yan Yan ke arah sekumpulan wanita selepas mereka menolak pelawaannya untuk minum sekali. Difahamkan, biskut tersebut terkena wajah seorang wanita.

Pada 10 Disember lalu, seorang pengguna Facebook, Cheryl Kim memuat naik satu hantaran berkenaan insiden ini yang berlaku di Cuppage Plaza.


Apa yang terjadi?

Jelas Kim, pada malam itu dia bersama tiga rakan wanita yang lain sedang menikmati malam mereka di Cuppage Plaza, apabila mereka didatangi oleh seorang lelaki dari bar berdekatan di situ.

Lelaki tersebut bertindak menjemput mereka untuk minum bersama dia dan rakan-rakan yang lain, namun pelawaan itu ditolak oleh Kim dan rakannya. Sejurus itu, lelaki dengan baju hitam tersebut beredar dan tiada apa-apa yang berlaku.

318338646 10220745955589196 4685475832940183448 N

Tiba-tiba baling biskut

Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian, Kim berkongsi bahawa dia seolah-olah dipukul oleh objek yang keras pada bahagian muka. Namun, dia akhirnya menyedari bahawa objek tersebut adalah snek biskut jenama Yan Yan.

Sambung Kim dalam satu kenyataan:

“Ternyata lelaki ini membeli biskut Yan Yan dari 7-11, yang dia baling ke arah kami sambil menjerit ‘WOOOO’, menganggap ia satu benda yang kelakar”, tulis wanita itu.

Meskipun Kim merasa sakit pada bahagian pipi selepas dibaling biskut oleh lelaki itu, dia turut meluahkan rasa syukur kerana objek itu tidak mengenai matanya yang boleh membawa lebih banyak kesakitan.

https://www.facebook.com/1546398588/videos/pcb.10220745958749275/1481272022394883

Telefon polis

Sambung wanita ini, ia adalah jelas lelaki tersebut menyerang Kim dan rakan-rakannya kerana kecewa selepas pelawaannya ditolak.

Video tersebut turut menunjukkan rakan lelaki tersebut cuba menenangkan keadaan dengan mengatakan bahawa lelaki itu tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ketika rakan lelaki tersebut sedang cuba meredakan keadaan, lelaki tersebut hanya duduk di belakang sambil tersenyum dan mengejek Kim.

Selepas pihak polis tiba di tempat kejadian, lelaki tersebut berjaya melarikan diri, meninggalkan rakannya bersama Kim dan rakan wanita yang lain.

Di akhir hantaran, Kim menjelaskan dia menulis perkongsian tersebut untuk memberi kesedaran kesedaran kepada orang ramai, di samping untuk menunjukkan wajah lelaki tersebut yang tidak boleh menerima penolakan dari wanita.

Kredit: Cheryl Kim

BACA: Prank Campak Kek Ke Muka Wanita, Tindakan TikToker Ini Undang Kecaman WarganetF4 Pbnmtt

 

Sumber: Cheryl Kim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.