in

“Keadaan teruk luar biasa” – Nurul Ain Sebak Kongsi Kisah Di Gaza, Syukur Selamat Tiba Di Malaysia

Nurul Ain Haron Gaza Tiba Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia yang terkandas di Gaza, Nurul Ain Haron akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi selepas memaklumkan bahawa dia terpaksa keluar dari wilayah tersebut disebabkan keadaan yang makin meruncing.

Ketibaannya di KLIA bersama suami warga Palestin, Mohamed A.M.Shaat telah disambut oleh ibu bapa, Haron Hamim, 65 dan Mastura Yusof, 61 serta adik perempuannya, Puteri Dania Qistina, 15 dan sanak saudara yang lain.


Nurul Ain N Suami Re

Artikel berkaitan: Puluhan Ribu Penduduk Palestin Terpaksa Ke Gaza Selatan Untuk Selamatkan Diri

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Di Palestin Dalam ‘Mode Siap Sedia’, Tunggu Masa Untuk Keluar Dari Gaza

Tak dapat salur sumbang sebab dihalang pihak zionis

Nurul Ain yang menemui pihak media berkata, keadaan di Gaza kini serba kekurangan dan dia sedih kerana tak dapat memberikan sumbangan kepada warga di sana kerana kekangan dan halangan dari rejim zionis Israel.

Malah bantuan yang diberikan kepadanya juga tak dapat disalurkan kerana wang yang disumbangkan tak dapat dikeluarkan.

Ramai yang beri sumbangan dekat saya tapi kalau saya masih ada dekat sana, tidak ada stok makanan dan selimut.

“Jadi lebih baik saya keluar dari Gaza dan ambil langkah seterusnya sebab sekarang Israel sudah potong bekalan maksudnya saluran duit atau bank saya tak dapat nak keluarkan,” katanya dalam nada sebak. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

Nurul Ain juga mendedahkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk keluar daripada Gaza demi kelangsungan hidup dan suaminya perlu bekerja untuk menanggung keluarga mereka.

Saya, suami tak nak keluar, tapi keadaan teruk luar biasa di Gaza,” katanya.

Malah katanya lagi, saudara suaminya pun ada yang mati syahid apabila rumah individu itu dibedil lapan bom menerusi serangan udara dari Zionis.

Ada satu masa orang lain tak dapat rasa apa yang saya rasa dalam ahli keluarga suami sendiri ada yang syahid di mana tiga hari sebelum dia masakkan makanan untuk kami.

“Kita dapat tahu yang rumahnya dibom dengan lapan misil, bukan satu atau dua tetapi lapan dan rumahnya hancur dan mukanya pun tak nampak,” katanya. 

Nurul

Nurul Ain dan suaminya kini masih risau dengan keadaan ibu bapa dan keluarga suaminya yang masih berada di tanah Gaza.

“Alhamdulillah saya dengan suami bersyukur keluarga masih di sana masih lagi selamat dan kami keluar dengan bismillah. Kami serahkan mereka dalam jagaan Allah dan Insya-Allah berharap mereka akan selamat,” katanya lagi.

Dia dan suaminya terdahulu telah berada di Gaza sejak 1 Oktober lepas untuk melawat keluarga mentua sebelum pergolakan tercetus pada 7 Oktober lepas.

Kita doakan semoga keluarga mentua Nurul Ain terselamat daripada kekejaman Zionis. 

Sumber: Malaysia Gazette, Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.