Walaupun kita dah cuba berhati-hati dan mengikut segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, virus Covid-19 ni seperti ada je cara untuk mencari kita.
Ini juga apa yang berlaku kepada keluarga pelawak kumpulan Bocey, Achey selepas tujuh ahli keluarganya dijangkit virus tersebut.
Dijangkiti pelanggan beli jualan tepi jalan
Menurut Achey, keluarganya termasuk ibunya yang berusia 73 tahun telah dijangkiti virus ini daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berkangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah, seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak.”
Jelas Achey lagi, ibunya kini terpaksa diletakkan di dalam wad pesakit kategori empat kerana perlu mendapatkan pemantauan rapi.
https://www.instagram.com/tv/CSetPlxJrPR/?utm_source=ig_embed&ig_rid=4af669d3-29e9-44f6-8a61-c8048a9a42ab
“Keadaan mak sangat-sangat tak baik”
Menerusi Instagram, Achey turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibunya yang dikatakan kini berada dalam keadaan tidak baik.
https://www.instagram.com/p/CSfdqKRBVx5/
Jika ada ruang kecil dalam doa kalian yang kosong, dapatlah kiranya ruang doa itu diisi untuk mak saya.”
Achey turut menasihati orang ramai untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Admin doakan ibu Achey diberi kesembuhan dari virus Covid-19 ini. Aminnn
Baca: Lagu Baru Nyanyian Achey Ni Akan Buat Semua Makcik Bawang Sentap!