in

“Kawan arwah nangis kat belakang” – Video Nyanyian Untuk Arwah Mangsa Langgar Lari Ni Confirm Buat Korang Sebak…

Untitled Collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang sedih bila kita kehilangan orang-orang yang kita sayang, tak kiralah keluarga ataupun kawan-kawan — lebih-lebih lagi kalau member tu kita dah anggap sebagai sahabat dunia akhirat kita.


Seorang pengguna Twitter, @bangyeem ada berkongsi satu rakaman video nyanyian khas sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Medini Nusajaya buat seorang rakan yang telah pun pergi menghadap Ilahi — sehingga mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen.

Apa yang lebih menyedihkan, bila ada seorang daripada rakan mangsa dilihat cuba untuk meninggalkan pentas kerana tidak dapat menahan kesedihannya — namun ditenangkan oleh rakan-rakan yang lain.

Difahamkan, tribute tersebut dibuat untuk rakan mereka — Allahyarham Muhammad Syah Luqman Sharir yang meninggal dunia sehari sebelum majlis graduasinya.

Luqman1

Luqman2

Perkongsian yang mendapat hampir 20k retweet itu turut mendapat maklumbalas pelbagai daripda netizen, yang rata-ratanya bersimpati dan berkongsi rasa sedih mereka terhadap rakan-rakan Allahyarham.

Luqman3

Luqman4

Luqman5

Pemergian Allahyarham nyata meninggalkan kesan mendalam terhadap kawan-kawan dia kan? Kami mendoakan agar roh beliau tenang di sana dan semoga seluruh keluarga dan rakan-rakan arwah tabah dengan ujian ini.

 

Baca: “Din tak mudah putus asa” – Lelaki Ambil Order Nametag Khat Dari Atas Katil Hospital Demi Tanggung Kos Tong Oksigen

Khat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.