Dalam kejadian banjir teruk yang berlaku di negara kita hujung minggu lalu, ada pihak yang gunakan kejadian ini sebagai kesempatan mereka untuk membuat content.
Ada yang berdakwah dengan cara menjatuh hukum ke atas mangsa, ada juga yang kononnya jadikan perkara itu hikmah tidak membeli rumah di kawasan tersebut dan macam-macam lagi tanggapan yang seperti tiada sensitiviti terhadap mangsa banjir termasuklah ejen takaful.
Sebagai ejen, Adzren Adnan terpanggil untuk membuat kenyataan dan teguran ‘makan dalam’ kepada golongan-golongan seperti ini.
“Kalau tak boleh jaga otak dan akal, sekurang-kurangnya jagalah jari dan mulut bila buat status/tweet/ig story/whatsapp story/FB story atau apa sahaja medium media sosial yang kau guna.”
Menurut Adzren, antara kenyataan-kenyataan tak sensitif yang dia dapat lihat sepanjang musim banjir adalah :
1. Banjir ini adalah musibah/dugaan asbab terlalu banyak maksiat yang berlaku di Selangor. (Keluar segala cerita agama bagai).
2. Nasib baik aku tak duduk kawasan tu. Dulu hampir nak sewa situ, tapi tak jadi. Allah lindung aku dan sayang aku.
3. Baru banjir dah menggelabah, macam manalah nanti kalau kiamat. Muhasabahlah semua.
4. Sebab tu penting insurans/takaful yang berkaitan bencana alam. Siapa belum ada, boleh contact saya.
5. Benda dah jadi, meratap pun tak guna. Terima takdir. Kena redha.
6. Panjangkanlah musibah supaya tak ada lagi SOP.
“Belajar adab berniaga”
Memandangkan dirinya juga seorang ejen, Adzren menyatakan tindakan dan kenyataan tersebut tidak sewajarnya dibuat dalam keadaan getir ini.
Menurutnya lagi, kenyataan sebegini menjadi punca reputasi ejen-ejen takaful/insurans dipandang serong.
“Bila orang benci ejen insurans, kau marah. Kau sendiri buat kita ni dibenci. Cuba belajar jangan menangguk di air yang keruh. Belajar adab berniaga dan bikin content. Teruk sangat macam tak ada leader, tak ada guide. Cuba nanti kalau kau sakit, netizen buat content pasal kau.”Tengok, ejen insurans sakit, dah tak boleh nak cari client, duit banyak pakai kereta conti rumah banglo tapi sakit.” Suka?”
Dalam pada itu, Adzren juga bagai respon isu yang viral sebelum ini dengan menempelak kenyataan daripada seorang wanita yang anggap kejadian banjir yang berlaku di Selangor ini angkara maksiat.
“Sejak bila Tuhan lantik manusia untuk jadi setiausaha yang tahu negeri ni banjir sebab maksiat, negeri serambi Mekah banjir sebab ujian sayang? Cukup Allah ada satu. Tak perlu buat kerja Allah. Lagi satu, Islam, musibah, bencana dan ujian ni bukan ada di Malaysia sahaja. Islam ni pun bukan melayu dan Malaysia punya. Kalau ikut logik kau, Palestin pun buat maksiat hari-hari sebab tu perang tak sudah?”
Adzren juga ada kupas satu persatu dalam 6 senarai kenyataan tidak sensitif yang dihuraikan diatas dengan kata-kata tajam dan begitu makan dalam menerusi status Facebooknya.
https://www.facebook.com/adzrenadnan/posts/7444794135546147
Burn! Apapun, kalau kita tak mampu nak salurkan bantuan sekurang-kurangnya jaga percakapan dan titipkan doa buat mangsa agar segalanya dipermudahkan.
Baca : Dakwa Banjir Berlaku Kerana Banyak Maksiat Di Selangor, Kenyataan Gadis Ini Undang Kemarahan Ramai