in

“Kau memang kental wan…..” – Pemenang Pingat Emas Sukan Para ASEAN Ke-9, Syazwan Roshdi Kini Hidup ‘Merempat’

Feat 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang nak hidup dalam kesusahan, apa sahaja sanggup dilakukan demi mencari sesuap nasi dan menambah sumber pendapatan supaya dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.


Namun sedikit malang bagi Mohamad Syazwan Roshdi.

Dulu namanya disanjung apabila mengharumkan nama negara dalam Sukan Para ASEAN Ke-9 yang berlangsung di Kuala Lumpur selepas memenangi pingat emas dalam acara Berbasikal Lebuh Raya kategori C1, C2, C3 (pelbagai kecacatan anggota).

1 12

Bagaimanapun semuanya tinggal kenangan sahaja apabila Syazwan kini dipercayai hidup ‘merempat’..kenapa sampai macam tu sekali?

 

Tumpang tidur kat surau CIQ lepas kena ‘kencing’ dengan member..

Semuanya terbongkar selepas bekas pelumba basikal negara, Rizal Tisin terjumpa Syazwan di surau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Rizal terserempak Syazwan secara tak sengaja ketika ingin menunaikan solat di surau berkenaan malam tadi.

52550194 10218424317260400 8833417271557750784 N
Sumber : facebook rizal tisin

Rizal memaklumkan yang Syazwan sudah tiga malam menumpang tidur di surau berkenaan selepas pelumba basikal kelainan upaya (OKU) itu didakwa ditipu seorang kenalannya.

Rakan kepada Syazwan berkata ingin membantunya mendapatkan pekerjaan di Singapura ekoran Syazwan tidak lagi mendapat surat tawaran sebagai atlet sepenuh masa dibawah Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini..ni bukan kawan, ni bahenol namanya.

Kisah yang berlaku kepada Syazwan itu, Rizal kongsikan dalam entri facebook miliknya semalam.

 

Dia pnya kental taknak susahkn parents dia so dia senyap 3 hari tak bagi tahu parents dia yang…

Salam semua, maaf spam timeline kawan2 kat sini. Saya ada story sikit kat sini nak coret buat tatapan kita semua. Tadi ketika di surau JB CIQ lepas Isya saya ditegur seorang pemuda OKU. Tengok punya tengok laa si Syazwan bekas atlet berbasikal Para Malaysia C3.

Cerita dia, si Syazwan ni da 3 hari tidur kat surau JB CIQ tu sebab sudah kena kencing dengan kawan dia dari Singapore kata nak tolong cari kerja kat sana. Si Wan ni ulang alik 3 hari gigih nak gak cari kerja kat sana sebab da janji dengan mak dia yang dia nak pergi kerja kat sana. Dan mak dia tak tahu yea dia tidur surau kat JB tu selama 3 hari tak mandi tak makan 2 hari.

Ok sebab apa dia tak makan? Sebab hari 1st dia sampai ada kawan atas kawan dia contact dia nak pinjam duit rm500 dan janji akan pulang lepas tengah hari. Korang rasa? Wan ni gigih pergi gak transfer rm500 dan si so baru*$ kawan dia tu dah dapat duit terus block contact si Syazwan ni. Dari dia ada rm700 bekal nak cari kerja kat Temasek kononnya da tinggal rm200 now kering sebab dah habis guna 3 hari.

Aku tanya sebab apa tak balik Seremban terus? ofcourse lah duit dah habis dan parents dia takde kat Seremban pergi balik kampung kat Pahang sebab atok dia nazak n ayah si Wan ni pun tak berapa sihat. Dia pnya kental taknak susahkn parents dia so dia senyap 3 hari tak bagi tahu parents dia yang dia tengah bapak struggle sorang2 kat JB ni.

Point dia kat sini betul juga tak boleh nak harap MSN or KBS tolong semua atlet yamg dah tak disambung kontrak MSN kena tolong kan? tapi kan….Syazwan ni OKU both tangan dia kecik dan tak kuat macam kita. Nak makan pun straight mulut ke pinggan. Korang rasa apa kita perlu buat? Aku takde cara lain so aku bawak dia balik lepak dengan aku kat rumah sementara cari jalan penyelesaian.

 

1. tak sambung kontrak jadi atlet negara.
2. kena tipu cari kerja kat Singapore.
3. kawan pinjam tipu rm500 lesap.
4. Parents tak sihat.
5. Budak ni kental aku pun tak sekental dia ni.

Tu je aku nak cerita. Bye.

 

“Hanya tinggal kenangan..”

Kat sini admin kongsikan beberapa momen-momen gemilang Mohamad Syazwan Roshdi sebagai Atlet Para negara.

2 13

Img 3

Diharap lepas ini akan ada lebih banyak pihak yang membuka mata bagi membantu golongan yang memerlukan seperti ini lebih-lebih lagi mereka yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu.

Baca : Masa mula-mula masuk, MSN janjikan bulan dan bintang- Atlet Kebangsaan Kini Jadi Penjual Jambu Tepi Jalan Lepas MSN Tamatkan Kontrak.

Atlet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.