in

“Kau ingat konsert?” – [VIDEO] Guru Lelaki Nyanyi Lagu ‘Mengantuknya Mumia’ Sebelum Selamba Disahut Murid Satu Kelas

Featured Image Ngantuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang menari lagu animasi Didi & Friends, bertajuk mengantuknya mumia.


Lagu yang cukup viral itu sudah mempunyai lebih 39 juta tontonan di laman Youtube Didi & Friends, Lagu Kanak-Kanak.

Didi
Sumber: youtube

Lagu yang berdurasi 2 minit 6 saat tersebut sememangnya boleh dikatakan telah sinonim dengan kanak-kanak dalam Malaysia.

Bukan itu sahaja, lagu ini turut menarik perhatian orang dewasa untuk tidak ketinggalan untuk menyanyi bersama apabila ia dimainkan.

Baru-baru ni, tular di laman Twitter video pendek yang menunjukkan seorang guru lelaki menyanyikan lagu itu sebelum disambut meriah oleh anak muridnya.

Mengantuk, Mengantuk, nak tidur mana!

Video yang hanya 15 saat itu menunjukkan seorang guru lelaki berjalan dihadapan bilik darjah yang pada ketika itu ada guru lain sedang mengajar dan dengan secara spontan dia menyanyikan dua bait lirik dari lagu ‘mengantuknya mumia’.

Lalu, secara pantasnya murid-murid dalam bilik darjah tersebut terus menyambung lagu tersebut sebelum mereka dihentikan oleh guru yang berada dalam kelas itu.

Mengantuk, mengantuk,” Guru lelaki

“Nak tidur manaaaaa,” Murid

“Belajar, belajar, fokus!” Guru dalam kelas

“Yelahhhhhhhhhhh” Murid

Namun setelah dihentikan oleh guru yang sedang mengajar dalam kelas tersebut, murid-murid berkenaan terpaksa akur dan perlu menyambung sesi pembelajaran seperti biasa.

Ngantuk1
Sumber: twitter

Alahai, pantang ye diaorang ni dengar lagu mumia.

 

Baca: “Alahai comelnya dia menari” – Tular Video Gelagat Kanak-Kanak Perempuan Yang ‘Struggle’ Menari

Vbjnkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.