in

“Kau hina cakap aku mengandung anak h*ram” – Fara Salleh Dedah Terima Layanan Buruk Dari Shuk Ketika Hamil

fara salleh dedah shuk hina ketika hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. 

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh meluahkan rasa bengang terhadap suaminya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.


Menurut Fara dalam perkongsian di IG story, selama dia berada di hospital, Shuk tidak pernah datang melawat dan dia juga katanya sering menerima provokasi daripada suaminya.

Kau tak nak tanggungjawab kau diam. Sebaiknya kau support mental aku dalam keadaan ni bukan provok tengking bentak aku. 

“Tak pernah nampak batang hidung selama aku masuk wad ni. Tau tak anak ok ke tak? Tau tak doc ada cakap apa? Tau tak risiko apa aku hadap bawa anak kau ni? 

“Kau tau tak anak kau ni makin membesar makin jantung aku tak stabil?” luahnya.

fara 1

Artikel berkaitan: Shuk Sahar & Fara Salleh Tunai Umrah Bersama, Netizen Lega Hubungan Dah Pulih

Artikel berkaitan: “Sampai nak balik naik bas” – Rakan Shuk Sahar ‘Expose’ Fara Salleh Pernah Buat Kecoh Di Singapura?

Dalam pada itu, Fara juga mendedahkan yang dia reda untuk mencari pendapatan sendiri jika Shuk enggan menyalurkan duit buat keperluan anak dan bersalin.

Malah dia juga tidak gentar kehilangan suami. Menurut Fara, ketika bercuti di Paris dengan Shuk, lelaki itu juga pernah menghina anak yang berada di dalam rahim.

InsyaAllah aku boleh cari duit sendiri untuk sediakan barang anak dan bersalin nanti. Lagipun masa kat Paris hari tu kau hina cakap aku mengandung anak haram, panggil aku jalang. 

“Aku tak takut hilang kau. Enjoy your life dengan kawan-kawan ya. Thank you suami for everything,” tulisnya.

fara 2

Terdahulu, Fara ada mengakui meminta cerai daripada Shuk kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.

Untuk rekod, Fara dan Shuk telah mendirikan rumah tangga pada November 2023 dan ini merupakan perkahwinan kedua pelawak itu yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera.

Shuk dan Rossa Sera bercerai pada 22 Mac 2023 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9 dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Kita doakan yang baik-baik sajalah buat mereka. 

Sumber: mStar, Instagram

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.