in

“Kau gila ke apa?” – Mak Dera Anak Sampai Mati Cakap, Dia Buat Semua Tu Sebab Nak ‘Disiplinkan Anak’

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan Singapura yang didakwa telah mendera dan membunuh anak lelaki berusia lima tahun mengatakan dorang “tak ada niat nak bunuh”.

Menurut Today Online, ibu kanak-kanak malang, Azlin Arujunah berkata dia pukul dan tuang air panas ke atas anaknya hanya bertujuan untuk disiplinkan anaknya dan tak sangka ia boleh bawa maut.


Yq Ybg 12112025 1
Sumber: the straits times

“Saya tak ada niat untuk tuang air panas pada anak saya kalau dia tak buat perangai. Saya sendiri tak tahu apa punca dia mati.”

Ibu ini kemudiannya menjelaskan pada mahkamah yang tujuan dia melakukan semua itu adalah supaya anaknya belajar dari kesilapan. Tambahnya, kalau dia memang berniat nak bunuh anak lelakinya itu, dah tentu anak-anaknya yang lain pun kena bunuh juga.

“Saya tak pernah pukul anak-anak lain seteruk ini. Kenapa saya nak buat macam tu dekat dia kalau anak-anak lain saya tak pernah pukul. Lagi pula, dia pun anak saya juga.

“Saya tak ada niat nak bunuh dia. Kalau saya memang berniat nak membunuh, anak-anak saya yang lain pun saya bunuh. Tapi anak-anak saya yang lain selamat dan saya tak pukul mereka.”

Tak cukup dengan itu, Azlin juga berkata yang dia tak mampu untuk bunuh seorang budak sebab tubuh badannya kecil dan dia tak sampai hati nak bunuh anak sendiri.

2F47Bfee 4B3E 43E8 9A1D F5B01Fa49D28
Sumber: oriental daily

Azlin dan suaminya Ridzuan Mega Abdul Rahman kini sedang dibicarakan atas dakwaan membunuh anak mereka yang tak boleh dinamakan bagi melindungi identiti anak-anak mereka yang lain.

Pasangan ini juga didakwa membunuh anak lelaki mereka dengan merenjis air panas ke atas tubuh anaknya di rumah mereka di Singapura pada 15 dan 22 Oktober 2016. Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman mati.

Mereka juga didakwa dengan beberapa kesalahan lain seperti mengabai dan mendera anak mereka termasuk mengurung anak dalam sangkar kucing yang lebih kecil dari tubuh anaknya hingga tubuh budak tersebut luka-luka.

20191113 Cage Agc
Sumber: today online

Ridzuan memberitahu mahkamah, semasa mereka bawa anaknya ke hospital, anaknya dalam keadaan yang lemah berulang kali menyebut, “sakit, sakit.”

Bapa ini juga berkata yang anak lelakinya itu jerit “kau gila ke apa?”, ketika ibunya menyimbah air panas ke tubuhnya.

Selepas anaknya itu berkata demikian, Azlin dikatakan naik berang sebelum dia dan suaminya membaling beberapa cawan air panas ke atas budak malang itu hingga menyebabkan kematian.

Allahu, takkan sampai macamtu sekali nak disiplinkan anak?

 

Baca: “Sampainya hati!” – Budak Lelaki 5 Tahun Dikurung Dalam Sangkar Kucing Sebelum Kena Simbah Air Panas

Screenshot 2019 11 15 At 3.04.48 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.