in

“Kau duduk goyang kaki dekat rumah, sibuk canang Covid ni konspirasi” – Frontliner Selamba ‘Sound Setepek’ Geng Konspirasi

collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari, kes Covid-19 semakin meningkat di negara kita malah, dalam masa sebulan, kita dah catat lebih 100,000 kes. Bukan tu saja, jumlah kematian pun semakin lama semakin banyak dengan jumlah tertinggi sebanyak 24 kematian dicatat semalam.

Tapi nampaknya bukan sahaja, kes positif Covid-19 yang makin meningkat, jumlah orang yang percaya Covid-19 ini hanyalah sekadar konspirasi pun boleh tahan ramainya.


Disebabkan ini, seorang frontliner telah kongsikan apa yang perlu dia lalui sepanjang dia dan rakan-rakannya bertugas untuk melawan wabak ini sekaligus menafikan konspirasi teori segelintir orang di media sosial.

“Andai terkorban tak boleh pun melihat jenazah untuk kali terakhir.”

144547511 4263880476957419 1099101740425664877 o

Menerusi Facebook Mat Yoe yang bertugas di salah sebuah pejabat kesihatan daerah, lelaki ini kongsikan macam mana dia perlu bekerja tanpa cuti dan tak jumpa keluarga selama berbulan-bulan.

Setiap kali dia jemput sahabat-sahabatnya untuk ikut sama berjuang memerangi wabak ini, keluarga menangis minta maaf.

Kerja tanpa cuti. Tak jumpa family dah berbulan-bulan lamanya. Sahabat seorang demi seorang positif. Pilu hati bila terpaksa jemput sahabat untuk dihantar ke hospital. Keluarga meraung-raung. Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Sebab mereka tahu andai kata terkorban, tak boleh pun nak lihat jenazah untuk kali terakhir.”

“PM buat live, kau masuk kutuk PM. BPN kau tibai”

einadnad 1583205120

Melihat sendiri pesakit positif Covid-19 bertarung nyawa di hospital, Mat Yoe membidas golongan yang sering mempersoalkan tentang kebenaran wabak ini dan kebanyakan dari mereka hanya duduk di rumah ‘goyang kaki’.

Kau yang duduk goyang kaki kat rumah dok sibuk canang covid ni teori konspirasi.
PM buat live,kau masuk kutuk PM.
BPN kau tibai.
Puas-puas belek food panda lepastu order.
Shopee buka 12 kali sehari.
Order dan order.
Kami 1,2 pagi dok atas jalan raya.
Kau layan netflix,layan youtube.

Kau tak duduk di tempat kami. tak jumpa pun pesakit positif covid.
Kau tak tahu pun macamana teruk pesakit covid.
Kau tak tengok pun orang bersimptom tu macamana.

Yang sesak nafas separuh nyawa.
Yang batuk macam nak tercabut anak tekak.
Yang menangis sebab hidung tak bau apa-apa dan makan pun tak rasa apa-apa.
Kau sembang kata covid ni teori konspirasi.
Kkm keluarkan data,kau kata data rekaan.
Frontliner dah hampir lumpuh.
Lambakan kes.
Bebanan kerja meningkat 200%.

“Yelah dah kau canang Covid ni tipu je”

147008019 4272310992781034 2176783513617912393 o

Katanya lagi, bila teori konspirasi ini disebarkan, lagi ramai orang yang mudah terpedaya keluar tanpa pelitup muka, berkumpul ramai-ramai. Bila positif, frontliner tambah penat…

Kau menulis sesedap rasa je. Bermula dari fb,di copy ke group-group wasup. Orang yang baca,terpedaya. Tambah pulak orang kg. Ada yang keluar tanpa mask. Ada yang lepak. Ada yang berkumpul ramai-ramai. Ye lah dah kau canang covid ni tipu je.”

Bila positif,kami yang letih. Nak kesan kontak rapat. Nak hantar ke hospital,ke pusat kurantin. Yang positif pulak menyesal tak sudah. Kalau yang sampai tahap terpaksa guna alat bantuan pernafasan,menangis tak henti-henti.”

“Tak kena tak tahu”

Tambah lelaki ini lagi, dia tak minta orang ramai kesiankan frontliners. Tapi minta supaya orang berhenti sebar benda tak masuk akal dan berhenti hasut orang yang Covid-19 ini hanya teori konspirasi.

“Kau ingat,apa yang kau tulis nanti semuanya akan dipertanggungjawabkan di depan Allah. Aku tak nak doa yang buruk-buruk. Tapi jauh di sudut hati aku, aku harap yang dok canang covid ni cuma teori konspirasi akan kena covid19 secepat mungkin.”

Tak kena, tak tahu.
Tak kena,tak rasa.
Moga kena dan rasa.
Amin.”

Sudah-sudahlah tu dengan teori konspirasi, bila kita dengar arahan kita bukan je senangkan kerja frontliners, at the same time pandemik ni pun boleh terkawal, orang ramai boleh bekerja macam biasa jana balik pendapatan.

 

Baca: “Besar jasa arwah” – 8 Hari di Wad, Jururawat Frontliner HUSM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Screenshot 2021 02 09 at 5.26.01 PM

Sumber: Facebook
Sumber: NST
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.