in

“Kau bin*tang!” – Ibu Bayi Yang Dil*wat Luah Rasa Kesal Dengan Perbuatan Suami Pengasuh

kes liwat ibu luah sedih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada bayi berusia sembilan bulan yang maut dibunuh dan diliwat oleh suami kepada pengasuh anaknya telah meluahkan rasa perit di hati sebaik mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadap pelaku atas kesalahan yang dilakukannya empat tahun lalu.

Robiatul ‘Adawiah Aziz menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat mengakui kesal dengan tindakan pelaku yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu kepada anak lelakinya.


G6kFQXUaQAAv8cw

Artikel berkaitan: Pakar Forensik Dakwa Ada Air M*ni Milik Suami Pengasuh Pada Bahagian Sulit Bayi 9 Bulan

Artikel berkaitan: Polis Sahkan Suami Pengasuh Liwat Bayi 9 Bulan Ketika Ditinggal Bersama Dalam Bilik Selama 2 Jam

Setelah 4 tahun aku menunggu keputusan dengan sabar sama ada kau bersalah atau tidak, hari ini kau dijatuhkan hukuman. Sebelum ini kau tak mengaku kau buat. 

“Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku. Ya ALLAH gelapnya dunia. Tergamak kau buat (bunuh dan liwat) anak aku yang baru berusia 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia! Kau memang binatang!” tulisnya.

Meskipun ibu ini merasakan hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang dibuat, dia tetap lega dengan keputusan tersebut.

e5549c6266d3778b98fbfea5871a9dc4609b8749e7a1e

Kalau tengok hukuman dikenakan memang tidak setimpal dengan apa yang dia (pesalah) buat, nak buat macam mana negara kita sekarang dah tak ada hukuman bunuh, hanya penjara dan sebatan. Tapi tak apa, aku sedikit lega,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Badruldin Mohamed, 40, seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

Pelaku dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.