Korang ingat lagi tak masa kecil-kecil dulu huruf atau perkataan apa yang paling susah untuk korang sebut?
Lumrah hidup sebagai manusia, memang tak dapat dinafikan untuk bertutur atau menyebut sesuatu perkataan dengan jelas itu, memerlukan usaha yang lebih. Bukan itu sahaja, malah ada yang perlu dibetulkan berkali-kali!
Seperti satu video yang lalu di FYP TikTok baru-baru ini, yang mana dalam video itu kelihatan seorang murid dari POV gurunya mengalami sedikit kesukaran untuk menyebut huruf ‘S’.
https://www.tiktok.com/@_jatjagung/video/7033743765651066139?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8OaCaTmH4pcX05Ea8XkAsmHMNzw2akd%2Byu1eeU9mbsTWDixx%2Bd%2BDyYnpN59ROWYfaf1FsLOLq9UlNc4H3GgA%3D&language=en&mid=7033743770805996314&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAArjEzXj6q-JtbhXP0Y-GmFOU28akZNc8dpP9YfjPupsXiZaNm0KwwI9ITeB-1u76N&share_app_id=1180&share_item_id=7033743765651066139&share_link_id=7438f5a0-8070-4db9-bd52-5c61124be7c4&source=h5_t×tamp=1637759342&u_code=dl89cikjgg64h0&user_id=7020698229357134875&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1
Biasalah, di usia seperti adik dalam video itu memang agak susah untuk menyebut huruf ‘S’ dengan jelas. Namun apa yang mencuit hati pengguna TikTok adalah reaksi adik itu selepas gurunya mengatakan sesuatu sehingga membuatkan dia menangis! Lahh, apa pula yang cikgu dia cakap?
“Dia bunyi ‘S’ bukan ‘Aipp’… Kalau ‘Aipp’ tu, macam ni… ‘Aipp’ (suara seperti marah bayi)” – Suara guru dalam video
Rata-rata terhibur dengan reaksi adik itu kerana tidak menyangkakan yang dirinya masih ‘berjiwa lembut’ walaupun gurunya tidak berniat untuk memarahinya. Siap ada yang kata adik itu menangis kerana terkejut selepas tidak berjaya untuk menyebut huruf ‘S’ dengan jelas walaupun sudah dibetulkan berulang kali.
Bukan itu sahaja, sifat sabar guru kepada adik itu juga mendapat pujian netizen di bahagian komen kerana dia tidak cepat melenting walaupun anak muridnya masih susah untuk menyebut huruf ‘S’ dengan betul malah lepas anak muridnya menangis pun, guru itu tetap teruskan untuk mengajar.
Tak pasal-pasal cikgu terus gelabah untuk pujuk balik adik tu… Sabar ye dik, cikgu awak tak marah awak pun… Min tabik betul dengan usaha cikgu untuk ajar anak muridnya dengan penuh sabar.
Baca: “Macam dalam kem!” – [VIDEO] Anak Kena Denda ‘Roll’ Sebab Bangun Lambat Buat Ramai Terhibur