in

“Kasut saya tak kotor pun!” – Letak Kaki Kat Kepala Kerusi, Dah Kena ‘Sound’ Pun Masih Degil!

ft letak kaki kepala kerusi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semasa menggunakan pengangkutan awam, kita haruslah menjaga tatasusila agar tidak menyebabkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa. Tapi masih ada je orang yang tak bertolak ansur macam ni.

Baru-baru ini, sebuah video di laman web Weibo qmemaparkan seorang penumpang tren yang didakwa dengan biadapnya telah meletakkan kaki di atas kepala kerusi penumpang hadapan, telah meraih perhatian warganet.


Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita itu meletakkan kakinya di atas kerusi di hadapannya meskipun kerusi tersebut sedang diduduki oleh orang lain.

Walaupun petugas tren berkenaan telah meminta wanita tersebut untuk menurunkan kakinya, dia masih berdegil serta memberikan alasan bahawa kasutnya itu sebenarnya dalam keadaan bersih.

“Tapi, kasut saya tak kotor mana pun!” katanya.

Difahamkan, semasa situasi berada dalam keadaan tegang, wanita itu bertindak menanggalkan kasutnya untuk membuktikan kepada petugas tersebut bahawa ianya bersih.

Demi mengawal keadaan ketika itu, petugas terlibat telah memindahkan penumpang yang berada di kerusi hadapan itu ke tempat duduk lain.

Wanita tersebut akhirnya telah turun di stesen berikutnya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Shenzhen, China.

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan wanita tersebut yang didakwa tidak menjaga tingkah laku semasa berada di dalam pengangkutan awam.

Screenshot 7

Sumber : Weibo

Baca : “Go out, ini Malaysia!” – [VIDEO] Kaki Atas Kepala Kerusi, Pelancong Arab Biadap Dihalau Pemandu Bas

ft pelancong arab 728x383 1

Sumber: Weibo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.