“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”
Bait-bait kata yang cukup terkesan sehingga ke sanubari mengenai kasih sayang dan pengorbanan orang tua dalam membesarkan kita.
Namun kisah yang berlaku di Bung Khong, wilayah utara timur laut Thailand ini cukup menyayat hati apabila seorang bapa meninggal dunia akibat kesejukan selepas dia bertindak menyelimut anak perempuannya dengan selimut tebal.
Kejadian yang berlaku kelmarin itu terjadi di daerah yang antara dilanda cuaca sejuk dengan suhu serendah 9 darjah celcius, lapor Sinar Harian.
Mangsa dikenali sebagai Prasarn Homethong ditemui mati pada awal pagi oleh anak perempuannya yang berusia 8 tahun.
Keluarga kecil ini mempunyai tiga helai selimut sahaja, dan rumahnya yang terbuka membuatkan udara sejuk masuk ke dalam rumah”
“Sebelum kejadian, Prasarn dilaporkan membaluti tubuh anak-anaknya dengan selimut tebal sebelum tidur. Dia hanya pakai baju nipis dan berseluar pendek”- Polis
Prasarn yang merupakan seorang duda berusia 38 tahun, membesarkan dua anak perempuannya secara bersendirian sejak mereka masih kecil.
Untuk makluman, Thailand ketika ini sedang berhadapan dengan musim sejuk hingga Februari tahun depan berikutan perubahan cuaca di China, dengan suhu paling sejuk akan berlaku bermula akhir Disember hingga pertengahan Januari 2020.
Bangkok dijangka mencatat suhu antara 15 hingga 17 darjah celcius sementara beberapa bahagian di utara Thailand seperti Chiang Rai, Sakhon Kakhon dan Nakhon Phanom berkemungkinan mengalami suhu serenda 7 hingga 9 darjah celcius.
Setakat ini, tiga dilaporkan maut ekoran cuaca sejuk di Thailand.