Rendang boleh dikatakan menjadi sebahagian daripada makanan budaya kita lebih-lebih juadah tersebut sering dilihat sewaktu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Kalau di Malaysia, pelbagai jenis rendang yang boleh dinikmati misalnya rendang daging, ayam dan juga kerang. Rendang crispy je tak ada hehehe…
Tapi, korang tahu tak disebabkan rendang ini ada individu mendapat masalah besar… Eh biar betul?
Lelaki bawa masuk rendang ke Australia didenda RM8,100 dan diarah pulang
Mood bercuti seorang lelaki dari Indonesia akhirnya terbantut apabila tindakannya membawa masuk daging termasuklah rendang ke Australia telah berjaya dikesan oleh pihak imigresen di sana.
Menurut Harian Metro, lelaki terbabit didenda kerana membawa masuk daging lembu ketika negara berkenaan masih bergelumang dengan penyakit kaki dan mulut (FMD). Perkara tersebut berjaya dikesan selepas pegawai keselamatan biosains menemui daging yang disorokkan lelaki itu di dalam beg pelancong miliknya sewaktu berada di lapangan terbang.

Pegawai menemui daging itik seberat 3.1 kilogram (kg), rendang daging lembu (1.4 kg), selain 500 gram daging lembu beku, termasuk 900 gram organ dalaman ayam.
“Lelaki itu tidak mengisytiharkan barangan yang dibawa dalam kad deklarasi pelancong sebaik tiba di negara berkenaan.”
Lelaki terbabit turut memaklumkan kepada pegawai sempadan Australia bahawa semua produk yang dibawa akan diberikan dan dijual kepada rakan senegaranya.
Oleh sebab itu, pihak perkuasa di sana kemudiannya bertindak membatalkan visa pelancongan lelaki itu sekaligus menyebabkan dia perlu kembali semula ke negara asalnya iaitu Indonesia. Dia juga dikenakan denda sebanyak 2,664 dolar Australia (RM8,100).
Sebelum ini, Australia menghadapi cabaran apabila kes FMD telah menular di sana dan perkara ini menyebabkan kerajaan bertindak untuk mengetatkan kawalan kemasukan produk tenusu justeru mengenakan tindakan kepada pelancong yang ingkar arahan.
Siapa sangka rendang pun boleh bawa mudarat kepada diri sendiri…
Baca: Pelancong Kena Denda RM8,000 Hanya Kerana Membawa McDonalds Ke Australia

