Jika anda perasan, permainan lato-lato sudah semakin popular dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia selepas popular di negara jiran, Indonesia. Meskipun lato-lato kelihatan kurang menarik bagi sesetengah orang, namun permainan itu ada peminatnya yang tersendiri.
Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berjaya mengubah minatnya terhadap lato-lato kepada sesuatu yang berhasil apabila dia menjuarai pertandingan lato-lato yang berlangsung di Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia
Kanak-kanak tersebut, Chesta Gaddafi, 10, berjaya menjadi juara selepas menewaskan 300 peserta yang lain. Difahamkan, Chesta bermain lato-lato selama 2 jam 7 minit tanpa henti dan perlu melakukan pelbagai aksi sambil menggerakkan permainan itu.
Jelas Chesta, dia telah berlatih bermain lato-lato selama berminggu-minggu sebagai persiapan buat pertandingan yang menawarkan hadiah seekor kambing itu. Kanak-kanak itu mengaku dia berasa gentar pada awal permainan kerana ramai peserta yang lebih dewasa daripada dirinya.
Chesta berjaya membawa pulang seekor kambing sebagai ganjaran memenangi pertandingan lato-lato. Selain itu, Chesta turut membawa pulang sebuah piala dan sekeping sijil sebagai tanda penghargaan kepada kejayaannya itu.
Siapa sangka, permainan lato-lato boleh memberi pulangan yang lumayan meskipun ia hanya sebuah permainan. Tahniah buat Chesta!
Kredit: Kosmo
BACA: Budak Lelaki Main Lato-Lato Sambil Buang Air Kecil Kerana Tidak Mahu Tewas