Semalam kecoh di media sosial mengenai kehilangan seorang kanak-kanak berusia 8 tahun selepas ibunya memaklumkan bahawa anaknya tiada di kawasan sekolah kerana terlewat tiba akibat kesesakan lalu lintas.
Hasil dari warganet dan juga orang awam, kehilangan kanak-kanak yang dikenali sebagai Sofia Raniya akhirnya dapat dijumpa kurang dari 24 jam selepas pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras mulakan operasi mencari.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1509147549835284486?t=OlKI5ZJoLJPxnwxvi8NN9A&s=19
Menurut K! Online, murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Midah 1, Cheras itu selamat kembali ke pangkuan keluarganya selepas dijumpai di Holmes pada pukul 9.22 malam sebelum diambil oleh peronda polis.
https://www.facebook.com/100064322993740/posts/343718217782275/
Tindakan pantas dari pihak IPD Cheras itu mendapat pujian orang ramai yang rata-rata mengatakan kesungguhan mereka dalam mencari adik Sofia tanpa mengenal waktu itu seharusnya sesuatu yang layak diberikan kredit.
“Tak pernah guna khidmat bas…”
Dari perkongsian Facebook Polis KL itu, dikatakan punca kehilangan adik tersebut adalah kerana salah menaiki bas merupakan berita palsu selepas ibu kepada Sofia iaitu Ryana Mohd Nor mengatakan bahawa mereka sekeluarga tidak pernah menggunakan khidmat tersebut.
Ujarnya lagi, memang dirinya sahaja atau suami yang bergilir untuk mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari. Sebaliknya bercakap kepada Harian Metro, anaknya diminta oleh seorang lelaki untuk menaiki van sebelum meninggalkannya di lobi sebuah pangsapuri.
Huish… Nasib baik sempat jumpa! Apa-apa pun, yang lain pastikan jaga keselamatan okay? Make sure pergi mana-mana berteman tau…
Baca: Bekas Pengacara Norjuma Habib ‘Hilang’ Lepas Mahkamah Keluar Waran Tangkap