Mungkin istilah belas kasihan dan perikemanusiaan itu tiada di dalam kamus manusia sebegini. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun didakwa telah didera sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk oleh ibu dan kekasih ibunya.
Menerusi perkongsian Dhia Syeeraz di laman Facebook, kanak-kanak ini telah mengalami kecederaan di bahagian dahi hingga terpaksa menerima berbelas jahitan, di samping badannya dipenuhi lebam. Mangsa juga dikatakan mengalami pendarahan di kemaluan dan mengalami jangkitan pada hati.
Menurut Dhia, ayah kandung kepada kanak-kanak tersebut sudah pun membuat laporan polis. Walau bagaimanapun, laporan polis yang dibuat semasa di hospital itu telah ditolak oleh pegawai yang bertugas kerana kes ini dianggap tidak serius dan memerlukan jangka masa yang lama untuk diselesaikan.
Dhia yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang kononnya diberikan pegawai polis tersebut, akhirnya memilih untuk tularkan kisah ini di media sosial dengan harapan ia akan mendapat perhatian polis.
Ibu kanak-kanak tersebut bersama kekasihnya juga dikatakan berada di bawah pengaruh dadah. Patutlah!
Bila hati dan fikiran dikawal oleh dadah beginilah jadinya. Langsung tiada belas kasihan terhadap kanak-kanak ini.”
Turut disertakan bersama perkongsian tersebut, gambar ibu kandung budak itu dan kekasihnya yang sedang dalam pelarian. Kali terakhir mereka dikatakan berada di sekitar Serendah, Rawang.
Perkongsian ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata simpati dengan apa yang berlaku ke atas kanak-kanak tersebut. Pun begitu, ada juga yang mempertikaikan kesahihan berita ini kerana ia seakan-akan tidak logik untuk pihak polis menolak kes sebegitu.
Memang jadi trend zaman sekarang ni sanggup pukul anak sebab ‘buah hati’? Agak masa beranak tak rasa sakit ke?”
Kenapa tak ambil kes? Anak saya umur 5 tahun dimasukkan rotan ke dalam kemaluan oleh anak pengasuh, terus doktor suruh buat laporan dan pengasuh ditangkap sekejap itu juga. Kes macam ini selalunya mereka memang pentingkan dulu.”
Selepas menerima beberapa kritikan, Dhia kembali dengan perkongsian baru dengan mengatakan,
Minta maaf kepada semua yang salah sangka atas post yang saya viralkan hari itu. Maksud saya yang sebenar tentang polis itu (laporan polis ditolak), laporan polis telah dibuat tetapi semasa laporan dibuat, polis itu berkata kes itu kecil, rumit dan ambil masa yang panjang untuk selesaikan kes. Saya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat.”
Dalam pada itu, Dhia meminta sesiapa yang mempunyai sebarang informasi mengenai suspek untuk menghubunginya terus melalui nombor telefon yang telah disediakan di perkongsiannya tadi.
Jikalau apa yang ditularkan ini benar, diharapkan mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya. Tidak sanggup melihat anak kecil menderita di tangan ibu bapa yang kejam.
Baca: Bapa Kelar Leher Anak Kerana Terlalu Ralit Main Facebook