in

“Kan dah mendapat” – Viral ‘Renovate’ Rumah Flat Macam Rumah Teres, MPAJ Datang Robohkan?

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya bila beli rumah, ramai yang akan buat ubah suai untuk besarkan lagi kawasan dalam rumah untuk lebih keselesaan. Bagi orang yang duduk di rumah seperti pangsa atau kondominium, dah tentulah dorang tak boleh nak buat lebih-lebih kan?

Namun, kalau dilihat di kawasan Lembah Klang, ramai juga orang yang tinggal di rumah pangsa curi-curi ambil tanah lebih untuk besarkan rumah dorang. Ish tak fair lah untuk orang yang duduk kat atas kan?


Bukan tu je, baru-baru ni tular di media sosial rumah flat di Petaling Jaya juga turut mengubah suai rumahnya walaupun duduk di tingkat dua. Uish bukan beshe-beshe ni.

https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1529283506362142721

Ekoran ini, ramai netizen telah memperosalkan tindakan segelintir penghuni rumah pangsa yang dianggap tidak bertanggungjawab sehingga sanggup membesarkan rumah mereka walaupun perkara ini tidak dibenarkan.

“Kan dah mendapat”

Malah baru-baru ini, viral lagi satu video di TikTok menunjukkan sebuah rumah pangsa yang sedang dalam proses pengubahsuaian untuk dibesarkan telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Kalau korang tengok video dekat bawah ni, korang boleh nampak sendiri yang penghuni rumah tersebut telah pun menaikkan dinding di tepi rumahnya untuk besarkan lagi kawasan dalam rumahnya namun dikatakan pihak berkuasa telah menghantar jentolak untuk merobohkan rumah tersebut.

@ahmdsfwnnn

Hidup berjiran ni kena la pikir orang depan belakang kiri kanan atas bawah. #tiktok #awareness #fyp

♬ ZOOM – Jessi

Screenshot 2022 05 31 At 11.37.28 Am Down

Untuk pengetahuan korang, pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa untuk meruntuh atau memindahkan bangunan yang dibuat di atas kawasan umum kerana pengubahsuaian hanya boleh dijalankan di dalam petak kawasan sendiri.

Nasib baiklah rumah yang kena roboh tu dalam proses nak siap, cuba bayangkan kalau dah siap sepenuhnya lepas tu kena roboh, tak ke membazir duit? Kenapa nak susahkan diri sendiri kan?

 

Baca: “Mencuri pon dah upgrade sekarang” – Pencuri Licik Kata Nak Renovate Rumah, Habis Isi Rumah Licin Kena Rembat

Fi Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.