Petugas barisan hadapan atau lebih dikenali Frontliner banyak berjasa pada kita, mereka membahayakan diri demi menyelamatkan nyawa masyarakat.
Dalam usaha membendung wabak penyakit ini, ramai yang merelakan diri untuk berkerja setiap hari tanpa sebarang alasan.
Usaha mereka kita dapat lihat pada bacaan graf baru-baru ini, jumlah angka pulih makin meningkat hari demi hari.
Terbaru dua orang kanak-kanak bernama Areeq Aysar bin Azizul dan adiknya telah mengirimkan lukisannya berkenaan dengan wira frontliner Malaysia menjadi perhatian netizen.
Gambar ini dimuat naik menerusi akaun Twitter KKM untuk menghargai usaha dua beradik ini.
Terima kasih kepada adik Areeq Aysar Bin Azizul Akhbar, pelajar
Tahun 4, SK Taman Melawati 2 yang telah mengirimkan lukisan beliau bertajuk "You Are Our Heroes" dan lukisan adiknya "Lets Fight Covid".#COVIDー19 #Frontliners #KitaTeguhKitaMenang #KitaJagaKita pic.twitter.com/r5ttXDZ126— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 20, 2020
Difahamkan adik Areeq Aysa, merupakan seorang pelajar tahun 4 di SK Taman Melawati telah mengirimkan lukisannya yang berjudul “You Are Our Heroes” serta lukisan adiknya “Lets Fight Covid”.
Comel je lukisan adik-adik ni.
Lukisan ini menunjukkan tanda penghargaan mereka pada Frontliner yang berjuang dalam menyelamatkan negara.
Rata-rata netizen kagum melihat gambar yang dilukis oleh mereka berdua.
Bila lukisan dibuat melalui hati..
Pandainya dia lukis
Petugas barisan hadapan sewajarnya diberi penghargaan atas usaha penat lelah mereka.
Tanpa mereka siapa yang akan menjaga tanah air kita.