in

“Kami tidur dikelilingi tikus.” – Ribuan Kanak-kanak Di Palu Masih Merempat Selepas Tsunami 6 Bulan Lepas

Fea 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang masih ingat tak tragedi Tsunami yang berlaku di Palu? Gempa bermagnitud 7.5 ini telah merebak hingga ke Pulau Sulawesi dan membunuh lebih dari 4,300 orang.

Hgj

Malangnya, enam bulan lepas kejadian ini berlaku, ribuan kanak-kanak masih belum mempunyai tempat berteduh yang sempurna dan pihak berkuasa masih berusaha untuk memulihkan tempat-tempat yang musnah.


Menurut NST, sekurang-kurangnya 170,000 penduduk dari Palu dan kawasan sekeliling masih tak mempunyai tempat tinggal dan kawasan mereka belum dibaikpulih.

“Enam bulan lepas tsunami, kami sangat bimbang dengan keadaan hampir 6,000 kanak-kanak yang masih tinggal di khemah dan ribuan yang lain masih tinggal di rumah mereka yang telah musnah.” – Tom Howells dari Save The Children.

Salsa

Salah seorang dari ribuan kanak-kanak, Salsa yang berusia 10 tahun dan ibu bapanya tinggal di khemah berlantaikan lantai kotor sejak ombak besar tersebut memusnahkan rumah mereka di Donggala.

“Lampu kami hanya dari lampu suluh dan kami tidur dikelilingi tikus.”

The Red Cross berkata, pemulihan sangat lambat dan biasanya sukar dilakukan.

“Macam mana nak bina semula, pantai, bandar atau komuniti bila sebahagian besar darinya telah ditelan bumi?”

Selain dari kerosakan puluhan ribu bangunan, bencana ini juga telah memusnahkan bot nelayan, kedai dan sistem pengairan. Ia membuatkan ramai penduduk hilang punca pendapatan.

“Orang yang terjejas dengan bencana ini perlukan punca pendapatan tetap untuk menstabilkan diri mereka semula dan kembali hidup secara normal.

Keadaan Palu Sulawesi Tengah Selepas Tsunami 10 1

Sedih admin tengok kehidupan mereka yang tak menentu ni tambah lagi, ramai orang yang mereka sayang terkorban dalam bencana ini.

 

Baca: “Mama, orang lain tak kan tolong kita”- Baru 13 Tahun Tapi Dah Membanting Tulang Demi Sesuap Nasi Untuk Keluarga

Screenshot 2019 03 26 At 5.45.53 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.