in

“Kami tidur beralaskan kotak” – Suami Sakit Kanser Usus, 3 Beranak Terpaksa Tidur Di Lobi Hospital Kerana Tak Mampu Menyewa

Tidur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita fikir kita susah, sebenarnya ada orang yang lagi susah daripada kita. 

Inilah yang menimpa seorang wanita dan dua orang anaknya yang terpaksa bermalam di lobi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh sejak dua minggu lepas kerana tak mampu sewa mana-mana bilik, lapor Sinar Harian.


 

“Terlihat seorang wanita 4, 5 kali masuk wad dalam keadaan termengah-mengah” 

Sarina Endut, 40 yang bertugas sebagai tukang cuci sekolah di Temerloh ini katanya mengalami kesempitan wang semenjak suaminya, Jamaluddin Uyun, 59 dimasukkan ke wad akibat kanser usus.

Akibat tiada wang, dia bersama dua anak terpaksa tidur di lobi hospital tersebut. Berikut kisahnya yang viral di Facebook setelah dikongsikan seorang netizen yang kebetulan bertemu dengannya di sana.

https://www.facebook.com/sarimah.hjmohamed/posts/2576165505747529

 

“Sedih dan gusar bila fikirkan anak-anak ditinggalkan di lobi” 

Menurut Sarina, dia terpaksa datang ke hospital bersama anak-anak kerana tiada siapa yang mampu menjaga kanak-kanak tersebut di rumah. Malah nak ulang alik dari Jerantut ke hospital pun dia tak mampu.

“Hari pertama kami tidur beralaskan kotak sebelum ada beberapa individu berikan selimut untuk kami anak beranak. 

“Sedih dan gusar bila fikirkan anak-anak yang ditinggalkan di lobi. Saya turun naik nak jaga suami dan tengok anak-anak.

“Walaupun penat, tapi saya tak kisah janji dapat jaga suami dan anak-anak sekali,” katanya.

67606003 2604912586205995 5087726174742773760 N
Sarina bersama anak di lobi hospital | sumber: facebook

Sarina walau bagaimanapun tak menyangka yang kisahnya telah mendapat perhatian netizen. Apa-apapun dia sangat lega dengan keprihatinan yang diberikan rakyat Malaysia kepadanya.

Dia bersama anaknya kini ditempatkan di sebuah bilik di Anjung Kasih Hoshas Temerloh dan telah mendapat perhatian ADUN Pulau Tawar.

Marilah kita doakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dia tabah hadapi ujian yang menimpa. Amin! 

Baca: “Tidak niat saya menghina” – Doktor Nak Menangis Tengok Pesakit ‘Obes’ Sangat Sampai Tak Muat Katil

K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.