Pembantu peribadi (PA) sebenar Neelofa, Nadiah Khairuddin mengesahkan abahawa dirinya sudah berhubung dengan individu yang dipercayai menyamar sebagai PA Neelofa dan membuat spekulasi berhubung dengan isu ‘minya pengasih’
Menurut Harian Metro, Nadiah sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.
Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.”
Katanya, sebagai seorang pembantu, paparan skrin itu secara tidak langsung sudah mengaitkan namanya.
“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya. Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya.
Sebelum ini Nadiah ada mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.
Individu tersebut memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat.
Dakwaan itu juga telah ditepis oleh Neelofa sendiri menerusi satu video yang telah dimuat naik menerusi Instagram miliknya.