Filem biopik tentang Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) yang berjudul Mahathir: The Journey bakal ditayangkan pada 15 Disember ini.
Bagaimanapun, filem itu mendatangkan rasa kurang senang terhadap anak Tun, Marina Mahathir.
Memalukan
Menurut Marina, beliau tak rela ada pihak membuat sebarang gambaran tentang keluarga mereka kerana ia dianggap memalukan.

Dapat sokongan daripada Pejabat Perdana Menteri tapi…
Lapor The Star, filem itu telah mendapat persetujuan daripada Pejabat Perdana Menteri. Namun, Marina Mahathir menegaskan ia tidak mendapat sokongan daripada keluarganya sendiri.

Disebabkan itu ada netizen yang mempertikaikannya dengan perlian tajam tentang dokumentari M for Malaysia sebelum ini. Dan ini respon Marina..
Ya saya tonton sebab sayalah Executive Producer, itu dokumentari pasal GE14 dan pasal Malaysia, bukannya cerita fiksyen yang dilakonkan semula. Ia berbeza”
Filem yang bakal dilakonkan oleh Azhar Amir, Ning Baizura, Hilal Azman, Dian P. Ramlee dan Lisdawati itu berkisar tentang 16 tahun perjalanan Tun M sejak bersara dari jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia dan kembali mengambil jawatan yang sama sekali lagi selepas pilihan raya tahun lepas.

