Tular satu video yang memaparkan anak kecil sedang bermain dengan monyet liar dan tiba-tiba anak kecil itu diganggu oleh monyet tersebut sebelum diselamatkan oleh penjaganya, yang mana latar belakang kedengaran orang sedang bergelak ketawa.
Video tersebut telah meraih perhatian seorang doktor veterinar yang dikenali sebagai Dr Ima dan ia membuatkan doktor ini kurang senang dan secara terus memberikan teguran kepada orang awam.
Tak kelakar! Kawal dan jaga anak anda!
Menurut Dr Ima tindakan yang dilakukan itu merupakan satu tindakan bahaya, bukan kepada keselamatan kanak-kanak malah kepada haiwan itu juga.
“Kalau dah kena kokak kepala si kecik tu, siapa yang dipersalahkan? Yang pastinya, jika monyet itu dapat ditangkap, kemungkinan besar akan dibunuh kerana dikatakan “menyerang” sedangkan kita sendiri yang ganggu dan ceroboh habitat mereka.”
This is not funny guys! Not funny at all!!
Allahuuu..?
Bila tengok video macamni, perasaan bercampur baur, marah, kesal, sedih, geram semualah.
Perkara macamni ni tak kelakar ya. Tapi berbahaya! pic.twitter.com/1iocU1Yq2q
— dr.ima_vet (@drimavet) September 24, 2022
Dr Ima turut meminta agar ibu bapa sentiasa awasi anak kecil mereka kerana kanak-kanak memang tak tahu apa-apa.
“Kalau dah koyak rabak muka anak tu, menyesal seumur hidup tau sebab kecuaian dan sikap sambil lewa mak bapak sendiri. Kids will always be kids, sama juga dengan haiwan liar, the wild animals will always be wild.”
Dalam pada itu, Dr Ima menyatakan bahawa beliau selaku doktor haiwan sendiri tak berani dan setiasa hati-hati apabila berhadapan dengan haiwan liar sebegini.
Jelasnya lagi, ini kerana haiwan liar seperti monyet ini juga boleh membawa penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia.