Sebelum ini panas isu berkaitan dokumentari yang dihasilkan oleh Al-Jazeera berkenaan layanan buruk Malaysia terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) pada Jun lalu, sehingga mendapat liputan meluas khususnya di negara ini.
Malah selepas video itu tular, wartawan dan kru turut dipanggil bagi memberi keterangan. Lelaki warga Bangladesh yang ditemubual dalam dokumentari itu juga telah ditahan dan dikenakan tindakan sewajarnya.
Terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu pejabat stesen penyiaran antarabangsa tersebut di ibu negara semalam.
Menerusi serbuan berkenaan sebanyak dua buah computer telah dirampas dan tujuh kakitangan telah diminta untuk memberi keterangan, lapor Al Jazeera.
Sehubungan itu Pengarah urusan Al-Jazeera, Giles Trendle menggesa agar PDRM untuk menghentikan siasatan. Beliau juga mendakwa serbuan ini merupakan tindakan keras dan menyekat kebebasan media.
Melakukan serangan di pejabat kami dan merampas komputer adalah peningkatan yang membimbangkan dalam tindakan keras pihak berkuasa terhadap kebebasan media
Tambah beliau lagi, tindakan ini boleh mengancam keselamatan kakitangan mereka malah katanya Al Jazeera juga tidak perlu meminta maaf kerana mereka hanya menjalankan tugas sebaga media.
Kakitangan kami melakukan pekerjaan mereka dan mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dijawab atau meminta maaf. Kewartawanan juga bukanlah suatu jenayah
Al-Jazeera turut mengatakan bahawa kakitangan dan individu yang ditemu ramah sering menerima ugutan bunuh di laman media sosial justeru beliau meminta PDRM untuk menghentikan siasatan.
Baca: “Kami menolak tuduhan ini” Al Jazeera ‘Berkeras’ Pertahan Dokumentari Layanan M’sia Terhadap PATI